Beginnings

Friday 30 March 2012

PESANAN ALQOMAH KEPADA ANAKNYA...

...UNTUK MENCARI SAHABAT


Bismillahirrahmanirrahim,,,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani,,,


Alhamdulillah syukur kepada Allah,
masih diberi kesempatan untuk bernafas,
coretan mama pada kali ini adalah;


 "Pesanan Alqomah kepada Anaknya untuk Mencari sahabat" 








Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya : Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut (dipetik dari Kitab Bimbingan Mu'minin; karangan Imam Al-Gazali) :
  • Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang atau sebagainya, dia akan membantumu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
  • Jika engkau berkata padanya, niscaya dia akan membenarkanmu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya dia akan membantumu.
  • Jika kamu berdua berselisihan faham, niscaya dia akan lebih mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Nah. Mashallah..Hebat kan ciri-ciri yang Alqamah pesan kepada puteranya untuk mencari sahabat yang sejati. Untuk mendapat seorang sahabat yang baik kita juga hendaklah cuba berusaha untuk menjadi seorang sahabat yang baik.

Sebelum mengakhiri coretan ini, mama & papa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, saudara mara,kawan-kawan (Kak Rasyedah sekeluarga, Dr.Sazlina, Kak Azlina Abd Aziz, Umi & Kak. Hafsah) yang menziarahi puteri kami Sofea Az-Zahra di hospital. Tidak lupa juga rakan-rakan facebook yang mendoakan kesihatan, kesembuhan dan kebaikan buat puteri kami. Semoga Allah merahmati kalian semua.Wassalam...



Wednesday 28 March 2012

SO DELICIOUS!


Jeng! Jeng ! Jeng

Entry ini sepatutnya ditaip pada hari Ahad yang lepas, tetapi baru hari ini mama berkesempatan.Akhir-akhir ni papa "baik budi + romantis" kenapa mama cakap macam tu? papa:

1.Balik awal sebelum 6:45pm dah balik rumah
2. Tolong mama bagi mandi Sofea sebelum ke pejabat
3.Hujung minggu papa beli barang dapur + masak makan tengah hari

Mungkin pada pembaca sekalian, alah biasalah tu, suami kami pun buat juga malahan lagi macam-macam suami kami boleh buat.Sob.Sob.Sob. dalam 5 bulan ni papa asyik balik lewat kerja dari pagi sampai malam termasuk hujung minggu. Tak campur pi "outstation" sana-sini.Cih! melalut pulak cerita pasal papa.Ni nak cerita pasal......................




......................................................................Guess!

STEP 1: GET CUP SIZE



......................................................................Guess!



STEP 2: CHOOSE FLAVOUR (NYAM!NYAM!NYAM)


......................................................................Guess!




STEP 3: ADD TOPPINGS


......................................................................Keep Guessing!



STEP 4: WEIGH AND PAY




.......................................................Keep Scrolling!.....................................................................













........................................................................Ngeh! Ngeh! Ngeh! (Gelak jahat)









**************Sebelum pembaca sekalian hilang mood.Nah!tengok gambar di bawah ni*********** 




Picture Taken from:https://www.google.com.my/search


Jangan ingat mama nak cerita pasal "JERUK TIMBANG" yang boleh bubuh asam masin, kuah rojak & kacang tumbuk tu (buat ibu-ibu mengandung mesti minat sangat dengan "JERUK TIMBANG"). Ni nak cerita pasal Tutti Fritti dah bukak oulet kat Sg.Besi.Mama yang jakuns ni tak pernah makan Tutti Frutti ni pun menyuarakan lah hasrat mama, disebabkan papa romantis minggu ni papa pun bersetujulah nak "MERAIKAN CINTA" dengan membelikan mama Tutti Frutti ni.


Mama punya excited semua benda nak cuba  habis penuh satu CUP (ingin di "highlight"kan disini size CUP yang mama pilih adalah yang paling kecil ye).Meh layan gambo yang tak seberapa ni ye :-D






Ambil tak beringat bila nak bayar terkezuuuuuuuuuuuTTTTTTTTT sekejap! hambek ko RM 35.80.Untuk two cups of icecream sampai rm 35.80.Ku bayar untuk makanan manis ni.....tapi nak buat macam mana dah teringin. Tapi bila fikir balik rasanya memang SUPER DUPER DELICIOUS. Siapa yang cipta "frozen yogurt" ni memang "GENIUS". Rugi kalau tidak cuba tambahan pulak anak Malaysia punya produk ni.Jom Sokong produk buatan malaysia!

Sunday 25 March 2012

JOHNSON BABY:BEDTIME SLEEP RIGHT WORKSHOP

Advertorials

Hello Mommies & Daddies! Hari ini I nak kongsi mengenai bengkel diadakan oleh Johnson & Johnson. Iaitu cara-cara untuk dapatkan tidur yang lena untuk anak-anak.As parents, we want our baby to have a good night's sleep..kan?.So come and join "Bedtime Sleep Right Workshop" @ Sime Darby Convention Centre on 8th April 2012 (Sunday). Untuk maklumat lanjut sila klik:
http://www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com?sk=app_401676693182206



I yang sememangnya peminat Johnson & Johnson produk ni memang teringin sangat nak "join" tetapi memandangkan Baby Sofea perlu masuk wad pada 9 April 2012. Tak taulah dapat join ke tak :-C. Sebelum ni I dah ada CD urut-mengurut baby John & Johnson, tapi kalau dapat "jpin" bengkel ni lagi best sebab boleh lebih interaksi dengan pengajar. Walaupun "My Daughter, Sofea" ni "special need" tapi sesi urut-mengurut ni dapat mengurangkan "stiffness" tubuh badannya.


So...kalau korang free boleh lah "join" husband & wife, terutamanya bakal-bakal ibu yang mengandung anak sulung, lagi patut pi bengkel ni kerana sesi urut-mengurut bayi ini bukan sahaja dapat membantu tidur yang lena malahan membantu meningkatkan tumbesaran bayi dan masalah kolik. Selamat "Join" bengkel ni ye...:-D

Wednesday 21 March 2012

RESPITE CARE

Take a Break, Care- Givers


Entry kali ini mama akan menyentuh mengenai "Respite Care". Pembaca pernah dengar mengenai "Respite Care"?.Mama pun tahu frasa "Respite Care" daripada seorang doktor yang menemubual mama mengenai Sofea di PPUKM.

What is Respite Care?


"Respite Care gives temporary relief to family members who are caring for their child with a disability. Exhausted family members can use this service when there's a family emergency, or take a break for personal time, run errands, or just to spend time with other family members".

Pada pendapat mama menguruskan anak istimewa adalah sesuatu yang memerlukan komitmen. Orang lain mungkin berkata "alah, orang lain pun ada anak OKU, tapi ok je". Mama pun tak kisah pada yg bercakap mcm tu, sebab dia pun tak pernah pun jaga anak istimewa , kot kalau bercakap pun perkataan yang tak lain tak bukan K.E.S.I.A.N, S.A.B.A.R, bla...bla..bla..sekadar bercakap nak tolong jaga jangan mimpi lah.

Disebabkan perlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi ramai juga suami isteri yang hilang sabar, pengakhirannya penceraian.Orang kata sokongan keluarga penting sekadar nak beri sokongan dengan kata-kata K.E.S.I.A.N , S.A.B.A.R bla...bla..bla..mama rasa tak perlu. Sokongan yang diperlukan adalah pertolongan seperti membantu menjaga anak istimewa adalah lebih diperlukan. Sekurang-kurangnya suami isteri atau penjaga kepada anak istimewa bolehlah meluangkan masa seperti minum kopi walaupun hanya satu jam. Ini adalah sangat penting untuk "recharge" semula perasan dan kestabilan emosi.

Tetapi, ayat-ayat paling best "Hish! tak reti aku jaga!", "Tak tido aku kalau jaga budak ni". Itu famili sendiri yang cakap kalau orang lain memang jangan harap lah nak dijaga anak istimewa ni pandang pun tidak.Itulah hakikat yang dihadapi.Jikalau ada "Respite Care" di malaysia amatlah membantu dalam mengurangkan masalah yang di hadapi oleh penjaga kepada anak istimewa ini.Sekurang-kurangnya suami/isteri/penjaga dapat meluangkan masa untuk diri sendiri. Waallahualam...

Sunday 18 March 2012

ACUTE DRUG REACTION (2%)

Carbamazepine

Pada 28 Februari 2012 yang lepas Sofea telah dimasukkan ke HDU kerana telah diserang sawan. Semenjak dari peristiwa diserang sawan Sofea dibekalkan dengan ubat sawan iaitu Carbamazepine.Setelah pulang ke rumah pada hari yang ke-10, kami mendapati Sofea mengalami ruam yang semakin hari semakin banyak, mulut yang kering dan membengkak dan muntah-muntah.

Akhirnya pada 13 Mac 2012 kami ke wad kecemasan apabila bibir Sofea mengalami pendarahan, cirit-birit dan muntah-muntah yang semakin teruk.
 Gambar mulut Sofea tidak dapat mama paparkan kerana isu privasi.



Setelah dirawat maka kami diberitahu bahawa Sofea mengalami "Acute Drug Reaction" iaitu alahan pada ubat sawan Carbamazepine (Tegretol). Kadangkala, Carbamazepine boleh menyebabkan tindak balas kulit yang sangat berbahaya yang dikenali sebagai Stevens-Johnson Syndrome (SJS).Masalah ini bermula dengan ruam kulit tetapi boleh merebak sehingga menyebabkan kecacatan kekal atau kehilangan nyawa. SJS adalah cenderung berlaku pada orang-orang keturunan Asia (Malaysia, Indonesia, Thailand Filipina, Taiwan etc) yang mungkin mempunya gen khusus (dikenali sebagai HLA-  B*1502) yang muncul meningkatkan risiko (15%-20%).

Tanda & Simptom

SJS biasanya bermula dengan demam (Sofea demam sehingga suhu 40 pada hari ke-6 selepas mengambil carbamazepine), sakit tekak dan keletihan yang merupakan salah didiagnosis dan biasanya dirawat dengan antibiotik.

Lain-lain Tanda:

ruam
kelepuhan kulit (mulut, mata, genetalia)
lebam
gatal
bengkak
loya/muntah

Pengambilan ubat Carbamazepine dihentikan serta merta dan ujian darah untuk menguji gen adalah sangat penting sebelum mengambil Carbamazepine bagi yang berketurunan Asia


Sunday 4 March 2012

Second Episodes of Fits

Sudah lama mama tidak menulis di blog ini.Banyak kekalutan yang berlaku tidak disangka-sangka.Pada tanggal 28 Feb 2012, Sofea diserang oleh Mr. S (sawan) selam lebih kurang 30 min (continuously jerking).

WHY SECOND EPISODES???

Serangan ini dikategorikan sebagai serangan kali kedua kerana semasa umur Sofea 1 hari, Sofea telah diserang sawan selama 1 jam 3+ min di NICU Hospital Sxxxxxx (Punca: Perinatal Asphyxia with hypoxic-ischemic encephalopathy (HIE) Stage III.

Kejadian sawan kali ini berlaku pada jam 6:26 pm.Imbas kembali sebelum kejadian diserang Mr. S (untuk berkongsi pengalaman)

25 Feb 2012, 9:30am: Sofea menjalani sesi fisioterapi di Sham Therapy Centre
                      7:00pm: Kami pulang ke Ipoh
                      10:oopm: Kami tiba di Ipoh

26 Feb 2012, 5:30pm: Sofea ikut mama keluar ke Shop Lot (Naik atas utk lihat papa pasang perabot)
                                    tetapi sekejap sahaja sebab berhabuk  dalam 10 min
                      7:00pm:Kami ke Sungai Siput
                      10:00pm:Kami Tiba semula ke Meru Heights

27 Feb 2012, 6:00pm: Kami tiba di Kuala Lumpur

28 Feb 2012, 8:30am: Sofea bangun seperti selalu
                      9:00am:Sofea minum susu
                      10:30am: Sofea tidur
                       11:00am: Sofea Mandi
                       12:00noon: Sofea minum Susu
                       12:30pm: Sofea tidur semula
                         02:00pm: Sofea bgn tidur
                         02:15pm-02:50pm: Sofea main piano, sensory (soy bean & barley)
                         03:30pm: Sofea minum susu
(Sofea menguap,merengek, dan ada aksi terperanjat (startle) jadi minum susu meleret sampai dekat pukul 5pm)

                        05:30pm: Sofea ada batuk-batuk kecil, tidak bermaya, menguap dan aksi terperanjat
                                      dtg semula
                        05:30pm: Disebabkan Sofea tidak bermaya (mama fikir mungkin kepenatan
                                        balik kampung, Sofea tidak demam)mama hanya berbual-bual dengan Sofea,
                                        mama fikir mungkin esok baru buat intensif fisio utk Sofea, sbb Sofea penat
                        06:oopm: Sofea terperanjat lagi
                        06:15pm: Sofea terperanjat lagi
                        06:26pm: Sofea terperanjat dan selang beberapa minit kemudian Sofea terus
                                       "jerking"dan tidak berhenti, Sofea mengeluarkan bunyi, kaki, tangan, dan
                                        otot muka disebelah kanan "bergetar" tetapi mata Sofea tidak pandang ke atas,
                                        air liur mengalir tetapi mulut tidak berbuih.

 (mama telefon papa, tidak tahu apa yang harus dilakukan, mama hanya lap kepala Sofea dengan air sbb   mungkin Sofea panas, tetapi tetap tidak berkesan, sebelum pergi ke hospital mama "check" pampers Sofea tidak terbuang air besar), semasa dlm kereta ketika dalam perjalanan ke hospital, Sofea tidak lagi mengalami "Jerking" tetapi, wajahnya membiru dan dia dlm keadaan sangat sejuk)

                        06:55pm:kami tiba di hospital kerana jalan sesak

***Begitulah kejadian yang berlaku tempoh hari, mama agak kesal berkenaan hal "terperanjat" Sofea, sebelum ini mama ada bertanyakan tentang perihal "terperanjat" Sofea dengan doktor (specialist) yang merawatnya di NICU Hospital Sxxxxxx, tetapi beliau menafikan itu adalah sawan.***beliau menyatakan bahawa "kanak-kanak seperti Sofea otak mereka akan menghasilkan "electricity", yang menyebabkan kanak-kanak seperti Sofea suka "terperanjat". Tiada ubat dibekalkan untuk masalah "terperanjat" Sofea***Untuk pengetahuan pembaca tiada sebarang ujian MRI, EEG sepanjang Sofea berada di NICU Hospital Sxxxxxx.

Sekurang-kurangnya sekiranya kami tahu lebih awal, mungkin kami dapat bertindak seperti yang sepatutnya :-C

Setelah kejadian ini, doktor menyatakan bahawa Sofea mengalami epilepsy
 (di sini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan epilepsy)

Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Epilepsy
Epilepsy is usually controlled, but not cured, with medication. However, over 30% of people with epilepsy do not have seizure control even with the best available medications. Surgery may be considered in difficult cases.[8][9] Not all epilepsy syndromes are lifelong – some forms are confined to particular stages of childhood. Epilepsy should not be understood as a single disorder, but rather as syndromic with vastly divergent symptoms, all involving episodic abnormal electrical activity in the brain and numerous seizures. 

Causes

The diagnosis of epilepsy usually requires that the seizures occur spontaneously. Nevertheless, certain epilepsy syndromes require particular precipitants or triggers for seizures to occur. These are termed reflex epilepsy. For example, patients with primary reading epilepsy have seizures triggered by reading[citation needed]Photosensitive epilepsy can be limited to seizures triggered by flashing lights. Other precipitants can trigger an epileptic seizure in patients who otherwise would be susceptible to spontaneous seizures. For example, children with childhood absence epilepsy may be susceptible to hyperventilation. In fact, flashing lights and hyperventilation are activating procedures used in clinical EEG to help trigger seizures to aid diagnosis. Finally, other precipitants can facilitate, rather than obligately trigger, seizures in susceptible individuals. Emotional stress, sleep deprivation, sleep itself, heat stress, alcohol and febrile illness are examples of precipitants cited by patients with epilepsy. Notably, the influence of various precipitants varies with the epilepsy syndrome.[11] Likewise, the menstrual cycle in women with epilepsy can influence patterns of seizure recurrence. Catamenial epilepsy is the term denoting seizures linked to the menstrual cycle.[12]

There are different causes of epilepsy that are common in certain age groups.
  • During the neonatal period and early infancy the most common causes include hypoxic-ischemic encephalopathy, CNS infections, trauma, congenital CNS abnormalities, and metabolic disorders.
  • During late infancy and early childhood, febrile seizures are fairly common. These may be caused by many different things, some thought to be things such as CNS infections and trauma.
  • During childhood, well-defined epilepsy syndromes are generally seen.
  • During adolescence and adulthood, the causes are more likely to be secondary to any CNS lesion. Further, idiopathic epilepsy is less common. Other causes associated with these age groups are stress, trauma, CNS infections, brain tumors, illicit drug use and alcohol withdrawal.
  • In older adults, cerebrovascular disease is a very common cause. Other causes are CNS tumors, head trauma, and other degenerative diseases that are common in the older age group, such asdementia.[13]

When investigating the causes of seizures, it is important to understand physiological conditions that may predispose the individual to a seizure occurrence. Several clinical and experimental data have implicated the failure of blood–brain barrier (BBB) function in triggering chronic or acute seizures,[14][15] some studies implicate the interactions between a common blood protein—albumin andastrocytes.[16] These findings suggest that acute seizures are a predictable consequence of disruption of the BBB by either artificial or inflammatory mechanisms. In addition, expression of drug resistance molecules and transporters at the BBB are a significant mechanism of resistance to commonly used anti-epileptic drugs.[17

Wallahualam...Semoga Sofea dijauhkan daripada serangan Epilepsy lagi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...