Beginnings

Showing posts with label Gastrostomy Tube. Show all posts
Showing posts with label Gastrostomy Tube. Show all posts

Monday, 25 March 2013

GASTROSTOMY: STOMA CARE @ HOME


Stomahesive Powder

What is the function of "Stomahesive Powder"?


"Stomahesive Powder" helps form a protective barrier for excoriated or weeping skin.

* dalam Bahasa Melayu, "Stomahesive Powder" digunakan sebagai lapisan perlingdungan untuk kulit yang mengalami kelembapan/kerengsaan.

Stomahesive Powder
Cik Mazni menggunakan "Stomahesive Powder" di kawasan "Gastrostomy" Cik Phia. Alhamdulillah..."granulation" yang terbentuk dikawasan "stoma" Cik Phia benar-benar pulih. "Stoma" tersebut kelihatan bersih dan cantik. Sehingga doktor dan jururawat memuji bagaimana kami menjaganya. 

Sebelum menggunakan "Stomahesive Powder" kawasan "Stoma di Gastrostomy" Cik Phia, ditumbuhi daging merah yang dipanggil (Granulation), kadangkala bernanah kerana setiap kali selepas makan/ minum kawasan tersebut berair.

Ketika lawatan kami ke rumah Fezia Tyebally, beliau menunjukkan cara-cara membersihkan kawasan tersebut supaya sentiasa bersih dan tidak berbau. Beliau menggunakan "Stomahesive Powder". Beliau membeli secara online.

Cik Mazni cuba mencari di farmasi tetapi tidak dijual. Hasil carian di "Google", menunjukkan "Stomahesive Powder" iniboleh didapati di farmasi di PPUM.Alhamdulillah seorang kenalan yang Cik Mazni kenali dalam kumpulan sokongan MYCP dan Super Angels iaitu Mummy Rizki sudi membelikan produk ini di farmasi PPUM. Terima kasih, Mummy Rizki :-P.


Tuesday, 18 September 2012

DIARI DIET SOFEA


Pemakanan Lengkap Sangat Penting Untuk Tumbesaran 
Isu berat badan badan Sofea bukanlah perkara asing untuk diperbincangkan. Tapi kot mana pun isu ini adalah isu yang perlu dibimbangkan. 4 September 2012, semasa memenuhi temujanji untuk "review gastrostomy tube surgery". Ingatkan dah buat tiub di perut naiklah berat badannya kot2 naik sampai 2-3kg. Rupa-rupanya naik dalam 200-300g je. 


HAMPA!HAMPA!DAN HAMPA!Apabila jarum penimbang menunjukkan angka 6kg.Berat sebelum pembedahan adalah 5.75kg. Selepas 3 bulan baru naik beberapa gram sahaja.Jadi Cik Mazni pun dah nekad kena buat sesuatu, kalau nak tunggu "BABY BREZZA FOOD PROCESSOR" tu dibaiki harus tahun depan baru dapat balik.Cik Mazni nekad untuk menggunakan "BLENDER" sedia ada.Dalam hati mampukah blender ini mengisar dada ayam dan ikan dengan sehalus-halusnya untuk dimasukkan ke dalam tiub.Alhamdulillah! Mr.Blender telah memberikan 100% kerjasama.Jadi ketiadaan "BABY BREZZA" bukanlah suatu halangan kepada Cik Mazni untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk Sofea. 

CHEWAH!
HARAP1HARAP!Usaha Cik Mazni untuk meneikkan berat badan Sofea membuahkan hasil supaya Sofea mempunyai tenaga untuk bergerak lebih maju. Amin...

Monday, 2 July 2012

LUMP SUM POST


Aduhai 'ENTRY POST' untuk blog pun boleh "LUMP SUM" kah? Kepada para pembaca sekalian "TERM LUMP SUM" biasanya digunakan apabila seseorang QS (Quantity Surveyor), menghargakan item secara sekaligus, tak payah nak detail bagai...chewah...maka terkeluarlah ilmu QS ku yng dah berzaman ku tinggalkan...SOBS, SOBS, SOBS. Bak kata Jep (ahli kumpulan sepah), barang yang lepas jangan dikenang...jadi ku pun gunakanlah "TERM LUMP SUM" untuk menulis "POST" yang berkepuk-kepuk secara sekaligus.Jikalau korang mengikuti blog ku yang tak seberapa ni, mesti perasan yang ku dh lebih seminggu tak "update" blog ni.Banyak yang ku ingin ceritakan tentang aktiviti harian Sofea, cuma kadang2 tak tahu nak mula dari mana, tambahan pula kalau ada pengkhabaran sedih.

1) ZIARAH

SABTU-23 JULAI 2012, kami sekeluara telah berkesempatan melawat salah seorang kenalan kami, Sis Rafidah dari Group SMSDA di Hospital Annur, Bangi.Sis Rafidah telah kehilangan bayi lelaki yang baru lahir. Salam Takziah buat Sis Rafidah sekeluarga.Kami berkesempatan juga bertemu rakan SMSDA (Sis Afidah & Sis Dilla sekeluarga & THH (Dr.Sazlina & Sis Azlina. Habis gamat satu bilik Sis Rafidah dengan suara bual dan gelak tawa kami. Sekurang-kurangny sekarang ku sudah ada sahabat untuk berkongsi rasa gembira dan sedih. Alhamdulillah...

2) THE "CUCI" SERIES

Seperti yang sedia maklum, Sofea anakku, telah pun menjalani pembedahan "Gastrostomy Tube", jadi, ku dan Cik Ijam pun sibuk dengan rutin cuci-mencuci, kawasan "gastrostomy" tu. Aduhai, kawasan tu dah mula merah dan ada "granulation", nampak dah tak cantik. Kami pun tukar taktik "dressing" dan Cik Mazni pun dah bertanyakan hal ni dengan beberapa orang rakan. Mungkin Cik Mazni akan cuba tip-tip dari mereka.

3) RING! RING! RING!

SELASA-26 JULAI 2012, jam 2:00 petang, Cik Mazni menerima satu panggilan dari seseorang yang tidak disangka-sangka.Apabila Cik Mazni lihat di skrin telefon, nama "Dr.Sham: Physiotherapist" yang tertera.Dalam hati, mesti Dr. Sham nak tanya Sofea dah "operate" ke belum?, sebab sebelum ini  (pembedahan kali pertama yang ditangguhkan) pun Dr. Sham ada telefon pada sebelah malam. Dia begitu risau dengan Sofea, al maklumlah Sofea tu kecil molek sangat.

Bagaimanakah keadaan Sofea selepas pembedahan "gastrostomy tube"?

i. Sofea demam on/off dah hampir 4 minggu-Mungkin kena jangkitan. Oleh itu, kami mestilah sentiasa memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan yang kering dan bersih.

ii. "Granulation" dah mula tumbuh-"Granulation" biasanya akan mula kelihatan selepas 6 minggu pembedahan.Maksudnya luka pembedahan semakin sembuh. Berita baik tapi rupa "granulation" itu agak tak "cute".

iii. Bilakah masa yang sesuai untuk Sofea mula berfisioterapi?
-Sofea akan mulakan sesi berfisioterapi setelah dia berada dalam keadaan yang sihat, stabil dan luka pembedahan sembuh sepenuhnya.

***Kekadang ku terharu dengan seseorang yang prihatin dengan keadaan Sofea. Itulah Dr. Sham, ikhlas dalam membantu memulihkan Sofea.***


4) APPOINTMENT MATA @ KLINIK MATA

JUMAAT-29 JULAI 2012, jam 9:00 pagi, rentetan cerita mata Sofea, kali ini kami bertemu dengan doktor mata. Seperti yang dijangkakan keadaan penglihatan Sofea tidak dapat dipastikan. Oleh itu doktor bertugas menyarankan untuk melakukan ujian untuk memastikan yang Sofea memang mengalami "CORTICAL BLINDNESS", tetapi ujian tersebut hanya akan dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia dua (2) tahun ke atas. Buat pengetahuan pembaca umur Sofea baru dalam 1 tahun 10 bulan. Jadi sesuaikah? Pastinya tidak sesuai. Tetapi mengikut kata doktor itu kami boleh " request" untuk adakan ujian itu dengan lebih cepat.

Kami bertanya ujian itu untuk apa?
Pentingkah?
Adakah dengan ujian tersebut keadaan mata Sofea boleh bertambah baik?
Atau sekadar untuk "investigation"?

Doktor menjawab pertanyaan kami bahawa ujian tersebut adalah untuk memastikan Sofea memang mengalami "CORTICAL BLINDNESS".

Kami berpendapat bahawa ujian itu langsung tidak penting.Tambahan pula, sedatif diperlukan untuk menjalani ujian tersebut. Walhal, MRI pun sudah 3x ditangguhkan gara-gara keadaan Sofea tidak mengizinkan.


Inilah LUMP SUM ENTRY POST Cik Mazni...Disebabkan jam pun dah menunjukkan 2:13 am, dan esok ada temujanji dengan klinik neuro @ 8:30 am. Cik mazni kenalah masuk tidur kerana Cik Ijam sudah beri amaran jangan bangun lambat esok pagi..walaupun mata belum mengantuk lagi kenalah masuk tidur...zzzzzz..

Saturday, 9 June 2012

BERANI PUNYA BUDAK !

Tajuk post kali ini adalah berbunyi "Berani Punya Budak". Tapi isi kandungan post ini langsung tiada kena mengena dengan filem Afdlin Shauki ye.


Ini nak cerita mengenai drama "Berani Punya Budak" versi keluarga Cik Ijam & Cik Mazni,. Watak utama bagi drama ini adalah Sofea Az-Zahra, memegang watak sebagai "Berani Punya Budak". Kenapa? Kenapa? Kenapa?. Sebab Sofea berani menjalani pembedahan "Gastrostomy Tube Insertion" pada 30 Mei 2012 (Rabu) yang lepas.

Sofea merupakan peserta ke-2 untuk menjalani pembedahan. Jam 11 am Cik Mazni, Cik Ijam & Sofea pun turunlah ke "Operation Theatre". Cik Ijam tak mahu teman Sofea masuk "operation room", konon pengsanlah. Yang hairannya masa Cik Mazni melahirkan Sofea tu berani pulak (Tu pun setelah Cik Mazni paksa+ ugut) Akhirnya, Cik Mazni jugalah yang terpaksa gagahkan lutut ni tu pun sebab anak kesayangan ni. Jom layan "posing" Cik Mazni, Cik Ijam & Sofea sebelum "operation".



Cik Mazni Yang Pura-Pura Tabah Bersama
Sofea Berani Punya Budak Yang Pakai Tiub
 Mata Sofea Bergenang dengan Air Mata


Sumpah! Cik Ijam + Cik Mazni memang tak sampai hati tengok mata Sofea bergenang dengan air mata. Tapi anak solehah ni tak menangis berteriak pun. Mungkin dia sebak.Tapi ini semua untuk kebaikan Sofea supaya sofea boleh dapat nutrisi yang secukupnya dan mempunyai kekuatan untuk menjalani terapi dan seterusnya untuk perkembangan. "Ryle Tube" di mulut Sofea bersaiz 8", Saiz "Gastrostomy Tube" 14 " akan memudahkan untuk memasukkan makanan "semi solid" dan "oral stimulation" lebih mudah dilakukan.

Moga-Moga Sofea dapat menelan dengan baik dan makan+ minum dengan enggunakan mulut suatu hari nanti. Ameen...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...