Beginnings

Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

RAWATAN PENYAKIT CARA ISLAM: MADU SIRI 1


Hari ini Cik Mazni ingin berkongsi khasiat dan kebaikan madu lebah atau dipanggil 'honey' dalam Bahasa Inggeris. Semuanyakernaa terkesan dengan rancangan " Radical Hollywood Remedies" di saluran rancangan 712 (E). Antara yang menarik ialah rawatan madu dapat membantu menyembuhkan kulit yang luka. Diceritakan dalam rancangan tersebut, seorang wanita yang mengalami kemalangan sehingga isi tangannya hilang hingga hamper menampakkan tulang. Setelah dirawat menggunakan madu lebah, perlahan-perlahan isi dan kulit tangan tersebut pulih. Manakala teknik sengatan  lebah yang dikenali sebagai "Apitherapy" boleh merawat penyakit arthritis.
Subhanallah! Amat Menakjubkan...
 
Dalam Al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit.







Maksud Firman Allah dalam surah An-Nahl:69
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:

Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
"Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Antara kebaikan madu adalah seperti:

1. Meningkatkan tenaga
2. Meningkatkan imun system
3. Rawatan pelbagai penyakit
    a. Sakit tekak/batuk
    b.insomnia/ masalah tidur
4. Luka/ Terbakar

***Cik Mazni patut campurkan sedikit madu ke dalam sarapan pagi Cik Phia, supaya Cik Phia kekal bertenaga dalam menjalani aktiviti terapinya***

Friday, 22 June 2012

MANFAAT BERENANG BUAT SI KECIL


Tajuk di atas adalah artikel sisipan dalam majalah "i-SIHAT" (Julai, 2012,p.40-41)."i-SIHAT" adalah antara majalah kegemaran Cik Mazni, kenapa? Dalam majalah ini terdapat banyak informasi hal-ehwal kesihatan. 

SOPHEA ISABELLA! Siapa?
Inilah nama bagi permata hati pasangan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 40, dan isteri, Datin Dr. Harlina Mohd Yunos,32. Cerita mengenai keupayaan Sang Puteri menyelam dan mengapungkan diri dalam air menjadi bualan rakyat Malaysia.

Cik Mazni akan berkongsi secara ringkas isi kandungan artikel ini mengenai manfaat aktiviti renang.

Para penyelidik dari luar negara telah membuat kajian bahawa bayi atau kanak-kanak yang didedahkan dengan latihan renang mempunyai potensi untuk:

1. Meningkatkan kecergasan
2. Meningkatkan daya tumpuan
3. Meningkatkan kebolehan daya fikir
4.Menguatkan otot-otot tulang
5. Menguatkan jantung

Aktiviti  renang juga sebenarnya memberikan satu rintangan semulajadi. Rintangan inilah yang akan merangsang otot dan membantu membina kekuatan tubuh si kecil.Berenang juga merupakan satu bentuk senaman kardiovascular di mana ia berupaya menguatkan jantung si kecil.



Manakala, kajian yang telah dijalankan di kelas renang Brooklyn College New York menunjukkan kanak-kanak yang berenang setiap 30-60 minit, setiap hari;

  • dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal
  • memberi lebih tenaga dan stamina
  • mengurankan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan
  • memberi rehat dan tidur yang lena
  • melancarkan peredaran darah dan pernafasan

Di sini dapatlah dirumus bahawa aktiviti renang mampu meningkatkan pembangunan sosial, emosi dan juga fizikal si kecil. Berenang juga merupakan salah satu sukan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W dan dianjurkan kita melakukannya.
Walaubagaimanapun, sebelum anda mendedahkan aktiviti berenang ini kepada si kecil, pastikan ibu bapa mempelajari dulu teknik-teknik yang betul sebelum mengajar anak mereka berenang, ataupun dapatkan nasihat daripada jurulatih bertauliah.

Sebagai penutup, jom layan gambar Sofea semasa sesi hidroterapi:



Monday, 14 May 2012

PROLONGED CRYING



Anak menangis? Cik Mazni pun menghadapi masalah yang sama seperti ibu-ibu lain. Cik Mazni nak buat confession di sini bahawasanya Cik mazni paling alergi dengar tangisan yang berpanjangan (memang spoilt my day). Cik Mazni memang bukan jenis ibu yang dengar anak menangis pun turut menangis sama melainkan kalau Sofea menangis di hospital itu pun atas sebab-sebab yang munasabah. Kenapa Cik Mazni tak suka bila Sofea menangis melarat-larat? 

Ini adalah kerana menangis yang berpanjangan akan memberi kesan kepada sistem respon di bahagian otak. Bayi yang dibiarkan menangis berpanjangan akan menyebabkan "emotional wellbeing" nya terganggu, bayi akan mengalami "stress" dan sistem tubuh akan menjadi lebih sensitif, dan yang paling menakutkan "high levels of toxic stress hormones wash over her brain". Kanak-kanak (Cerebral Palsy ) seperti Sofea pula kalau dibiarkan menangis terlalu lama mungkin akan mendedahkannya kepada sawan.



Terdapat beberapa sebab bayi menangis antaranya :

1. Saya perlukan makanan
2. Saya perlukan keselesaan
3. Saya perlu nyaman dan selesa (tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk)
4. Saya perlu dipeluk
5. Saya perlukan rehat
6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa leih sejahtera
7. Saya perlukan sesuatu... tetapi saya tidak tahu apa yang saya mahu

Bagi kes Sofea, Cik Mazni akan pastikan akan mengambil Sofea sebelum dia mula menangis. Rutin harian Sofea akan terjaga seawal jam 7:15 am, dan akan mendiamkan diri sehingga jam 8:30 am, dia akan mula memanggil-manggil, tetapi kalau Cik Mazni atau Cik Ijam tidak respon dan dia akan mula menangis alamatnya, Sofea akan bad mood sampai ke malam.Oleh itu, sila pastikan si comel anda berada dalam keadaan selesa dan selamat untuk mengelakan mereka daripada menangis berpanjangan

Sunday, 13 May 2012

KISAH BENAR

Cerita Anak Veras
Dr. Raymundo Veras ialah seorang doktor pakar mata, dia dan isterinya mempunyai dua (2) orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak lelakinya bernama Dze Carlos Veras manakala yang perempuan bernama Londhinie Veras. Telah menjadi kelaziman keluarga di Brazil untuk pergi berkelah bersama keluarga di tepi pantai atau di pulau-pulau berhampiran. Beberapa hari sebelum menjelang cuti Krismas, Dr Raymundo Veras telah membawa keluarganya berkelah di sebuah pulau berhampiran Rio De Jeneiro.


Setelah bersukaria berkelah hingga ke petang, kini tiba masanya untuk pulang. Anaknya, Dze Carlos Veras meminta izin bapanya untuk membuat terjunan terakhir. Dia memanjat bukit dan terjun ke dalam laut. Malangnya, kepala Dze Carlos terhantuk ke batu dan dia terus tenggelam. Bapanya terpaksa menyelam untuk menyelamatkan anaknya. Tetapi, apabila Dze Carlos dibawa ke atas darat, dia tidak sedar diri. Dr. Raymundo cuba membuat bantuan pernafasan tetapi tidak berjaya dan Dze carlos dibawa ke hospital. Semua pakar kenalan ayahnya memberitahu Dze Carlos tidak mungkin pulih dan ibu bapanya mesti menerima bahawa Dze Carlos mungkin akan meninggal dunia. Dr. Raymundo berkata " tidak, ini anak saya, saya akan tentukan dia akan pulih dan pulang semula ke alam manusia". Dia membawa anaknya  Dze Carlos keluar dari hospital dan kliniknya dijadikan tempat rawatan anaknya. Dengan takdir Allah S.W.T, Dze Carlos telah sedar tetapi tidak boleh bergerak atau bertutur. Dr Raymundo Veras telah menutup kliniknya dan membawa Dze Carlos ke beberapa pusat pemulihan di Amerika Syarikat tetapi Dze Carlos tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

Akhirnya, Dr. Raymundo Veras dan isterinya membuat keputusan untuk pulang ke Brazil. Sebelum pulang mereka telah singgah di sebuah gereja. Sewaktu menyertai koir di gereja itu, isterinya menangis teresak-esak, seorang lelaki yang duduk disebelah ibunya bertanya mengapa dia menangis.Lantas isterinya menceritakan tentang perihal anaknya Dze Carlos. Lelaki itu bertanya, "Adakah kamu telah membawa anak kamu ke pusat rehabilitasi di Philadelphia?" Jawab isteri Dr Raymundo, "belum". Lelaki itu berkata, " cubalah pergi ke situ dahulu mana tahu mungkin sembuh". Tetapi dalam kesibukan di gereja sang isteri telah terlupa untuk bertanya alamat dan nombor telefon pusat rehabilitasi tersebut. Apabila dia memberitahu suaminya, Dr. Raymundo berkata, " Bagaimana nak cari tempat tersebut ? Bayangkan Philadelphia itu kotanya amat besar dan merupakan kota ketiga terbesar di Amerika". Jawab isterinya, " saya tidak akan pulang sehingga kita berjumpa tempat itu".



Bak kata pepatah 


HENDAK SERIBU DAYA, JIKA TIDAK BERKEHENDAK SERIBU DALIH




Itulah pepatah melayu yang boleh menggambarkan usaha Dr. Raymundo Veras dan isterinya dalam membantu anak mereka Dze Carlos Veras merupakan antara anak yang pertama di rawat di institut yang terletak di Philadelphia ini. Beliau telah hampir pulih keseluruhannya kecuali kerosakkan pada saraf tunjangnya. Dengan menggunakan kerusi roda, Dze Carlos meneruskan kehidupannya sehingga bergelar seorang doktor pakar bedah dan meneroka pelbagai bidang perubatan yang lain.Dr Raymundo dan isterinya telah membawanya pulang ke Brazil dan dengan izin Dr. Glenn Doman, Dr.Raymundo Veras telah membuka Institut Pembangunan Potensi Manusia di Brazil.


Ingatlah, "setiap hari yang kita enunggu,kita telah hilang satu hari bagi pemulihan anak kita", kata Dr. Glenn Doman kerana seharusnya anak-anak kita dan kita sendiri berpotensi  untuk menjadi manusia " Cemerlang, Gemilang dan Terbilang".
Renungkanlah...



Cerita ini dipetik daripada majalah Mingguan Wanita,2010 m/s 92,
Hasil Nukilan:Allahyarhamah, Dato' Dr. Noor Laily bt. Dato' Abu Bakar

Saturday, 28 April 2012

PUTTING THE MOVES ON:

Using Motion to Calm Your Fussy Baby
When Sofea was in the middle of a scream fest, I would pick Sofea who is five (5) months old, sit on the sofa with my feet on the ground, and bounce up and down in quick, jerky little motions like a child on a pogo stick.

Crying Moment: How to calm her?
According to Karp (2002);

Babies love to bounce. Why else do we call our infants bouncing baby girls and boys? Over the centuries, parents have perfected countless innovative ways to jiggle their unhappy tots into tranquility. Here are the Top Ten:

1. Baby slings and carriers
2. Dancing (with quick little moves up and down)
3. Infant swings
4. Rhythmic pats on the back or bottom
5. Hammocks
6. Rocking in a rocking chair
7. Car rides
8. Vibrating bouncy seats
9. Bouncing on an exercise ball
10. Brisks walks.

                                                                                 (in a book:The Happiest Baby on the Block,p.156)

Saturday, 7 January 2012

SAYA MAHUKAN KOMITMEN, BUKAN KEUNTUNGAN

Tajuk Artkel Dalam Majalah Al-Muslimah Bil 213,April, 2009,m/s:44-45

Entry kali ini Mama Sofea akan kongsikan sebuah artikel yang bertajuk "Saya Mahukan Komitmen, Bukan Keuntungan" yang dipetik daripada sebuah majalah (Al-Muslimah). Majalah ini telah dipinjamkan oleh Ms.Karen iaitu pembantu kepada Dr.Sham. 

Setelah saya membelek-belek helaian majalah tersebut rupa-rupanya Dr.Sham dari Sham Therapy Centre telah ditemuramah oleh seorang wartawan yang bernama Nurhidayah Jaafar untuk disisipkan sebagai artikel.Saya akan berkongsi isi kandungan artikel tersebut, untuk dimanfaatkan bersama :-D


Sharing is caring:



"Fisioterapi merupakan rawatan kesihatan profesional dalam mengatasi permasalahan gangguan fizikal (seperti kelemahan otot, kekakuan sendi) dan kemampuan gerak tubuh dengan menggunakansumber-sumber fizik seperti listrik (Elektro therapy), sinar (Aktino therapy), Air (Hidrotherapy), Manual (Manual therapy dan Terapi latihan (Exercise therapy).

Mendapatkan rawatan fisioterapi adalah salah satu cara merawat anak-anak kurang upaya. Biasanya, ibu bapa berpendapatan tinggi sahaja mampu menghantar anak mereka kerana kos rawatan yang mahal. Bagaimanapun, ada dikalangan mereka tidak mengharapkan khidmat fisioterapi semata-mata. Usaha tidak diteruskan dengan kaedah latihan dan pembelajaran di rumah pula.

Hal ini ditegaskan oleh Dr.Sham Yusof, perunding Sham Physiotherapy Centre ketika diminta mengulas tentang rawatan fisioterapi di kalangan kanak-kanak kurang upaya dan perkhidmatan yang ditawarkan di pusat fisioterapi milik beliau." Saya harap bila anak datang ke sini, dia boleh komit dan buat latihan di rumah. Saya tidak merawat untuk duit semata-mata. Saya gembira dengan menganggap kerja ini sebagai hobi. Sebab ia sangat menarik.Kita dapat melihat kehidupan anak-anak. Mereka juga ada masa hadapan"." Ada hospital sudah menetapkan masa 1 jam untuk satu sesi terapi. Saya tidak kisah. Saya tidak berkira, walaupun mengambil masa 2 hingga 3 jam untuk satu sesi. Ia bukan kerja untuk membuat duit. Bila saya tengok mereka tiada perubahan, saya akan fikir apa yang perlu dilakukan. Itulah komitmen,"ujar Dr.Sham lagi.

Sham Physiotherapy Centre terletak di Plaza Pekeliling, No.2, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.DR.Sham berpengalaman bekerja sebagai pegawai perubatan di hospital, beliau kemudiannya membuka pusat fisioterapipada tahun 1983. Kini hampir 26 tahun beliau menawarkan khidmat perundingan dan rawatan.



Monday, 2 January 2012

TAHUN BARU AZAM BARU:OCCUPATIONAL THERAPY

What is Occupational Therapy?

According to wikipedia, 

Occupational therapy is a discipline that aims to promote health by enabling people to perform meaningful and purposeful activities. Occupational therapist work with individuals who suffer from a mentally, physically, developmentally, and/or emotionally disabling condition by utilizing treatments that develop, recover, or maintain clients, activities of daily living. The therapist helps clients not to improve their basic motor functions and reasoning abilities, but also to compensate for permanent loss of function. The goal of occupational therapy is to help clients have independent, productive, and satisfying lives.

Occupational therapy plays a large role in the development of a child with Cerebral Palsy.

1.The job of an OT is to hone the ability of the fine-motor skills and small muscles, which include hands, feet, mouth, fingers and toes.

2. An OT will advise on easier methods of feeding, dressing and everyday mobility.

3.They will suggest specialized equipment your child needs to help him/her in everyday activities, such as modified spoons and cups for easier feeding, toys that will help the development of motor skills and seats, wheelchairs, pushchairs, standing frames, walking frames and side lying boards that will help improve your child's mobility, posture, etc.

4. An OT also helps make your home and community accessible to your child. Many adaptations may needs to be accommodated in order to your child to reach his maximum level of independence.


Mama Sofea Berpendapat Keadaan Sofea Akan Bertambah Baik Sekiranya Kami Gabungkan Fisioterapi Dan Terapi Cara Kerja. Doakan Agar Tahun Ini Adalah Tahun yang Lebih Baik Untuk Sofea.

Saturday, 15 October 2011

HYDROTHERAPY (HYDRO-PHYSIOTHERAPY)

Swim! Sofea Swim!





Suatu hari Mama Sofea terbaca post di The Helping Hands Group mengenai WaterWayBabies, mama Sofea amat berminat dengan aktiviti ni..tanpa berlengah Mama Sofea terus PM kak Azlina Abdul Aziz, bertanyakan adakah 'pool' for hydrotherapy available untuk dipinjam...kui..kui...kui...harus cuba dulu baru beli, nanti dah beli tetiba Sofea tak mau berenang RUGI pulaks.

Hari Ahad 15 Oktober 2011, setelah kak Nina kasi Greenlight,terus ke kindergarten kak Nina nak ambil 'pool' tu, 'pool' hijo ni dari USA siap dengan ring float & ducky yg cute :-).Petang tu jugak kami buat aktiviti Hydrotherapy dengan Sofea selama 20 minit

P/S: 1.Air Suam bagus untuk relax the spastic muscle
       2.Why Naked? supaya Baby Sofea dapat rasakan ombak rindu yang kecil..
       3.Yeahaaa..selamat menonton unsensored video


Sharing Is Caring:According to www.scope.org.uk Hydrotherapy (hydro-physiotherapy) is a series of gentle exercises carried out in water in a heated pool (34C+).Children with cerebral palsy may find this beneficial as the water supports their body weight, enabling them to enjoy a level of movement and independence which they cannot achieve elsewhere. The resistance of the water can help to strengthen the muscles, and can also reduce muscle spasms.

Sunday, 2 October 2011

BOOKSMOOCH:GLENN DOMAN, 2002

Four Degrees of Sensory Problems



Human sensory includes visual, auditory or tactile. In the brain-injured child there are four degrees of sensory problems. These were:

1.The total absence of visual, auditory or tactile intake (blindness,deafness, insensateness). These were disastrous to the brain-injured child if permitted to continue.

2. Too little visual, auditory or tactile intake (hard of seeing, hard of hearing, hard of feeling).These were overwhelming handicaps to the brain-injured child if they were left unhandled.

3. Too much visual, auditory or tactile intake (oversensitive reception of such stimuli). This was equally overwhelming.

4.Chaotic visual, auditory and tactile intake (receiving distorted visual, auditory or tactile information as, for example, the visual information received by the child with strabismus). This could likewise be discouraging, disconcerting or frightening.

Reference: Doman, Glenn: What To Do About Your Brain-Injured Child New York, NY :Squareone Publisher (2002)

Tuesday, 1 March 2011

THERAPY: O2CO2

Tingkat Tahap Oksigen Anak Istimewa

NURY Institute
Apakah fungsi terapi ini untuk anak istimewa yang menjalankan program di NURY? Sementelah antara faktor utama yang menyumbang kepada pembangunan manusia ialah oksigen. Terapi ini adalah untuk membolehkan anak menyedut lebih banyak oksigen yang diperlukan apabila menjalankan program intensif di NURY.

Apakah dia O2CO2 ini dan fungsinya dalam membantu meningkatkan pengambilan oksigen oleh anak istimewa ketika menjalankan program di NURY. Fungsi terapi O2CO2 ini adalah untuk membesarkan pembuluh darah bagi membenarkan lebih banyak oksigen di bawa oleh darah ke otak. Oksigen yang diperlukan oleh anak-anak istimewa akan dapat dibekalkan dengan lebih banyak ke otak agar anak akan mempunyai tenaga untuk menjalankan aktiviti mereka 

Bagaimanapun terapi ini dijalankan oleh anak, ia akan berdasarkan penilaian dan tahap kecederaan yang di alami oleh anak istimewa tersebut. ***Kandungan campuran O2CO2 ini kami (NURY) pastikan yang ia selamat digunakan oleh anak-anak semasa menjalankan program bersama kami (NURY)

Rujukan: Terapi O2CO2: Tingkat tahap Oksigen Anak Istimewa, Dato' Dr. Noor Laily Dato' Abu Bakar,Mingguan Wanita, Bil 1410, 26 Nov-2 Dis 2010, ms 92

***Setelah mengikuti kursus selama 2 hari, seterusnya latihan untuk 'Home Program' di rumah selama 3 hari.Kami telah membeli tong gas yang berisi gas 'O2CO2 untuk memudahkan terapi di rumah. Jom tengok Sofea tengah menikmati gas O2CO2  di rumah sebelum buat 'Home Program'***




Tong Yang Berisi Gas O2CO2

 Sedut Gas O2CO2 Selama 30 Saat

Dah Selesai 30 Saat..Tutup Balik...Kalau Habis Nak Refill Kena Keluar RM pulak :-D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...