Beginnings

Showing posts with label Jom Makan. Show all posts
Showing posts with label Jom Makan. Show all posts

Saturday, 8 September 2012

080910

ONG

Tanggal 08/09 adalah tarikh "keramat" untuk mama+papa+Sofea, kejadian lepas masih segar terpahat di minda dan hati. Untuk makluman tanggal 08/09/2010 (080910) jam 12:34 am jika ikutorang cina "tarikh ini adalah tarikh bertuah dan pasti ada "ONG" pasti ada yang kata tarikh kelahiran Sofea adalah tarikh yang "ONG". Sofea lahir dengan mengalami "perinatal asphyxia" atau bahasa mudah "lahir lemas dalam perut".Walau apa pun puncanya Cik Mazni nak ulas hanya Allah yang mengetahuinya.

Bak kata Jep (Kumpulan Sepah dalam Maharaja Lawak) "barang yang lepas jangan dikenang", jadi sekarang genaplah usia Sofea 2 tahun. Sedar tak sedar dah 2 tahun mama dambakan diri untuk Sofea. Sungguh sekejap masa berlalu Sofea masih seperti baby lagi, tapi sekarang dah jadi versi "baby tua". Banyak yang mama dan papa telah lakukan untuk Sofea, alhamdulillah perkembangan Sofea amat positif walaupun kecil pada pandangan mata orang lain.

Sempena besday Sofea apa yang kami lakukan untuk meraikan "birthday gurl' ni?

Pagi-pagi lagi mama dah bangun untuk menyediakan menu sarapan istimewa buat Sofea. Taadaaa!



Clockwise direction
Rice+Salmon+Spinach+ Olive Oil
istimewalah sangat! Bahan-bahan diatas dicampur dan akhirnya menjadi bubur bayam bersalmon. Cik Ijam nak belikan Sofea kek "Secret Recipe" bila fikir-fikir balik Cik Mazni rasa tidak perlu, Sofea bukan boleh makan pun.Lebih baik duit kek tu buat sesuatu yang lebih bermanfaat.

Papa pulak pagi kejut Sofea dengan ucapan Happy Birthday!

Selepas tu kami ke Old Town untuk breakfast, Sofea seperti biasa kena kasi pekena "teh tarik"sikit minum guna sudu, lately memang dia dah tak tersedak macam dulu tapi still very poor (swallowing coordination) :C.

Lepas tu balik rumah sebab Sofea nak lunch pulak then bersiap-siap ke "Urban City" dek kerana terbaca iklan di surat khabar ada sale perabot beli 1 percuma 1. Dalam pukul 1pm dah tiba di sana Sofea dah masuk dalam showroom, Sofea pun "rambang mata" dalam beberapa minit lepas tu terus tidur. Perabot kat situ harga pun walaupun selepas diskaun hanya sesuai dibeli untuk yang ada "rumah agam" setakat rumah macam kami ni mmg tak sesuai langsung.

Sofea in her Hot Pink Maclaren Stoller
Mau berlumba bershopping perabut ada berani mau challenge?
Lepas itu tukar baju+ pampers+ bagi susu dalam kereta, kami ke Alamanda, Putrajaya pulak.Biasalah ke MPH dan makan2, sekarang mama pun konpius mama+ papa pulak yang lebih2 berjalan + makan2, siapa punya birthday ni sebenarnya, tak pe Sofea tengok pemandangan ok sayang.

Sofea + Mama (abaikan kegemukan Cik mazni ye :C)
@ Chakri Express, Alamanda
Walaupun mama+papa yang berjalan+makan lebih2 lagi dari birthday gurl. Walaupun tiada kek "secret recipe" untuk Sofea, mama + papa belikan sesuatu yang lebih bermanfaat , taadaaa!

From left: Rafferty's Garden, Prune Juice and  HappyBellies Cereal
Organic Baby's Banana Porridge + Extra Iron from Rafferty's Garden is an organic food. Iron is very important for the formation of red blood cells.While Prune is very good for digestive system. Cereal from Happy Bellies ni mazni dah gunakan lebih kurang 3 bulan alhamdulillah, sangat sesuai untuk Sofea. Sebelum ni Mazni beli nestum, tapi selepas gunakan cereal dari Happy Bellies Mazni rasa Sofea bertambah berat badan dan "poo poo" Sofea pun bagus texturnya.Tapi harganya agak mahal dalam rm 2+.++ setin.

Baiklah para  pembaca sekalian, setakat ini sahaja coretan Cik Mazni yang agak panjang kali ni, mungkin sebab dah berbulan tidak menulis, jadi banyak perkara nak diceritakan. InsyaAllah, selepas ini Cik mazni akan cuba meng"update" blog Cik Mazni sekerap mungkin.

Tuesday, 1 May 2012

LIFE IS SWEET ...

Seperti yang dikhabarkan dalam "pos"t yang lepas, Cik Mazni akan ke Pesta Buku Antarabangsa 2012 yang berlangsung dari 27 April 2012 -6 Mei 2012.Sempena cuti Hari Buruh (1 Mei 2012), Cik Ijam cuti, bolehlah Cik Mazni jenjalan. Cik Mazni memang tak pernah "miss" pi pesta buku ni tiap-tiap tahun WAJIB ke sini, kerana Cik Mazni ialah "BOOKWORM", rak buku pun sampai dah tak dak ruang nak letak buku, tapi masih nak beli lagi. 

Cik Mazni bertolak dari rumah ke LRT Bandar Tasik Selatan dengan menaiki teksi.Belilah  token untuk ke PWTC (RM 1.70), maka Cik Mazni masukkanlah wang kertas RM 1, jadi "RM 1.70-RM1.00 = RM 0.70. Boleh pulak mesin token tu tak mau duit kertas pulak, nak duit syiling, waaaaaaaa, Cik Mazni ada syiling sebanyak RM 0.30 je. Harus ku tak cemas, tapi esti cari jalan keluar ye, takkan nak pi kiosk pi tukar duit syiling pulak, nak beratur, mai ai, orang dah lah ramai. 

Terus Cik Mazni pusing belakang "Encik! Ada tukar duit RM 1.00 syiling tak?" Mamat tu pun sibuk cari syiling. "Tak pelah ambil je", kata mamat tu. Cik Mazni ambil ala-ala "SHY-SHY CAT". Adoi ada juga yang sudi belanja Cik Mazni RM 0.70.Rezeki di pagi hari, alhamdulillah :D. Selepas melalui 10 stesen, dengan LRT tahap sesak macam naik LRT versi TIN SARDIN.Akhirnya sampai jua ke destinasi.Orang ramai jugak tapi masih boleh diterima akal lagi.

Cik Mazni terus ke tempat penunjuk arah, terus tanya "person incharge", dewan yang ada buku rujukan seperti Sasbadi, Oxford, Pelangi dll. Tingkat satu, kena naik "escalator" nanti akan jumpa dewan yang mempamer buku rujukan.Cik Mazni pun teruslah berjalan menuju ke tingkat atas. Semasa melalui booth menjual makanan, tempat duduk masih banyak kosong lagi.Lalu pulak depan dewan jualan Karangkraf, tak berani masuk. Nanti kalau dah masuk gerenti susah nak keluar, dari pengalaman yang lepas, orang paling ramai kat tempat ni.

Sampai je di dewan yang menjual buku-buku rujukan, ramai ooooooooo, "especially" pelajar sekolah. Ada rombongan pelajar, siap pakai baju sekolah lagi, boleh dapat lebih potongan harga jikalau memakai pakaian seragam sekolah. Hasil membeli-belah dapat lah beli buku untuk diri sendiri, buku latihan untuk pelajar tuisyenku dan beberapa bahan bantu mengajar untuk kelas tuisyen. Jom layan hasil membeli-belah buku-buku di Pesta Buku Antarabangsa 2012.

My True Satisfaction: Smell of New Books
Giveaway???
Bahan Bantu Mengajar Kelas Tuisyen
Bahasa Melayu: Bina Ayat
Mungkin lebih menarik
sekiranya sambil buat cabaran cantum gambar
disamping mempelajari kosa kata baru
Dah habis membeli-belah terus nak keluar dari PWTC, pening sebab panas, "air cond" pun dah tak terasa sejuk lagi kerna sesak dengan lautan manusia pencinta buku.Terus ke The Mall, ingat nak jimat sikit makan di food court atau di McD, tapi penuh, akhirnya terpaksa lah masuk ke Secret Recipe, konon nak sejuk makan nak makan di sebelah dalam, FULL :c , makanya, makanlah Cik Mazni di sebelah luar siap tak kena angin kipas lagi. Huh! Menguji kesabaran betul.

Lunch @ Secret Recipe, The Mall
Menikmati Fruit Punch + Mineral Water
Cuaca Panas + Merempuh Lautan Manusia Pencinta Buku
Sampai Hampir Pitam 
Main Menu: Dori with Prawn Sauce

Dah kenyang, apa lagi baliklah. Ni cerita di stesen LRT PWTC, cer teka berapa lama masa yang di ambil untuk membeli token tiket??? 1 JAM 30 MINIT ye.Sebenarnya dah nak putus asa, tapi sabar je. Kesian tengok ada yang bawa anak kecik menangis-nangis budak-budak tu. Pengajarannya, lain kali terus beli token 2 hala, kalau ada "event" atau "public holiday". Alhamdulillah, sampai juga Cik Mazni di rumah pada jam 3:30 pm.

Wednesday, 28 March 2012

SO DELICIOUS!


Jeng! Jeng ! Jeng

Entry ini sepatutnya ditaip pada hari Ahad yang lepas, tetapi baru hari ini mama berkesempatan.Akhir-akhir ni papa "baik budi + romantis" kenapa mama cakap macam tu? papa:

1.Balik awal sebelum 6:45pm dah balik rumah
2. Tolong mama bagi mandi Sofea sebelum ke pejabat
3.Hujung minggu papa beli barang dapur + masak makan tengah hari

Mungkin pada pembaca sekalian, alah biasalah tu, suami kami pun buat juga malahan lagi macam-macam suami kami boleh buat.Sob.Sob.Sob. dalam 5 bulan ni papa asyik balik lewat kerja dari pagi sampai malam termasuk hujung minggu. Tak campur pi "outstation" sana-sini.Cih! melalut pulak cerita pasal papa.Ni nak cerita pasal......................




......................................................................Guess!

STEP 1: GET CUP SIZE



......................................................................Guess!



STEP 2: CHOOSE FLAVOUR (NYAM!NYAM!NYAM)


......................................................................Guess!




STEP 3: ADD TOPPINGS


......................................................................Keep Guessing!



STEP 4: WEIGH AND PAY




.......................................................Keep Scrolling!.....................................................................













........................................................................Ngeh! Ngeh! Ngeh! (Gelak jahat)









**************Sebelum pembaca sekalian hilang mood.Nah!tengok gambar di bawah ni*********** 




Picture Taken from:https://www.google.com.my/search


Jangan ingat mama nak cerita pasal "JERUK TIMBANG" yang boleh bubuh asam masin, kuah rojak & kacang tumbuk tu (buat ibu-ibu mengandung mesti minat sangat dengan "JERUK TIMBANG"). Ni nak cerita pasal Tutti Fritti dah bukak oulet kat Sg.Besi.Mama yang jakuns ni tak pernah makan Tutti Frutti ni pun menyuarakan lah hasrat mama, disebabkan papa romantis minggu ni papa pun bersetujulah nak "MERAIKAN CINTA" dengan membelikan mama Tutti Frutti ni.


Mama punya excited semua benda nak cuba  habis penuh satu CUP (ingin di "highlight"kan disini size CUP yang mama pilih adalah yang paling kecil ye).Meh layan gambo yang tak seberapa ni ye :-D






Ambil tak beringat bila nak bayar terkezuuuuuuuuuuuTTTTTTTTT sekejap! hambek ko RM 35.80.Untuk two cups of icecream sampai rm 35.80.Ku bayar untuk makanan manis ni.....tapi nak buat macam mana dah teringin. Tapi bila fikir balik rasanya memang SUPER DUPER DELICIOUS. Siapa yang cipta "frozen yogurt" ni memang "GENIUS". Rugi kalau tidak cuba tambahan pulak anak Malaysia punya produk ni.Jom Sokong produk buatan malaysia!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...