Beginnings

Showing posts with label Kumpulan Sokongan. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Sokongan. Show all posts

Sunday, 16 December 2012

Bingkisan Program Super Angels


Sudah lama saya tidak menekan papan kekunci untuk menulis kerna saya begitu sibuk dengan 

1. sesi terapi akupuntur Cik Pia yang mengambil masa 6 hari seminggu.

2. program Perjumpaan Tahunan Kumpulan Sokongan Anak Istimewa 2012 yang dikenali sebagai "Super Angels". 

Balik rumah pun saya sudah capek...

Merencana "Program Perjumpaan Tahunan Super Angels 2012" yang bertempat di Intema Resort & Convention Centre, Shah Alam (15-16 Disember 2012) untuk menjadi realiti pada kali ini agak mencabar bagi diri saya, kerana hampir 30 keluarga menyertai ini. Seramai hampir 120 orang peserta. Huh! Berkeringat gue buat biodata Angels (anak istimewa), al-maklumlah kumpulan sokongan Super Angels ini merupakan kumpulan dari laman sosial Facebook. Seperti yang sedia maklum, dalam Facebook ini ramai yang guna nama "GLAMOUR" dan ramai di antara ahli yang saya tidak pernah berjumpa secara realiti, hanya berkomunikasi di alam maya. Tetapi Alhamdulillah, kesemua biodata Angels itu saya berjaya siapkan setelah dengan gigihnya saya tidur jam 5:00 am selama 3 hari berturut-turut.Kesian Cik Pia tak lena tido kerna dek kekurangan kasih sayang.

Saya sungguh teruja dengan perjumpaan tahun ini kerana ramai muka-muka baru dari Utara dan Selatan.Hanya empat (4) famili yang menyertai perjumpaan tahunan 2011, menyertai perjumpaan tahunan 2012. Walaupun saya tiba lewat dek kerana meredah kesesakan lalu lintas + sesat sehingga hampir menghala ke KLIA. Saya berjaya tiba, sayalah AJK paling LEWAT (huhuhu).Dan yang paling BEST van MILO warna HIJO dah menanti. Terima Kasih Nestle, atas tajaan dan keprihatinan anda kepada anak istimewa.


Anak-anak memang insan paling gembira, siap tunggu tepi van, bergelas-gelas diminumnya. Apa perasaan saya? Rasa gembira melihat mereka gembira.

Ilmu

Banyak input baru yang saya dapati daripada program ini. Antara yang menarik perhatian saya adalah seminar yang disampaikan oleh En. Hasan Suyut, penulis buku "Kembara Atiq Wazif: satu Anugerah"  Ilmu amat penting dalam membesarkan anak istimewa kerana terdapat pelbagai jenis rawatan dan terapi yang ada. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah mempunyai pengetahuan yang cukup bagi memutuskan rawatan atau terapi yang bersesuaian buat anak-anak anda. Apa jua yang anda lakukan, akhirnya andalah yang akan menjaga anak istimewa anda. Tiada satu jenis rawatan atau terapi yang lebih baik dari yang lain kerna setiap anak itu berbeza keperluannya. Perkara yang paling penting adalah anda sebagai ibubapa perlu meluangkan masa untuk melakukan terapi ke atas anak anda, kerana komunikasi dengan anak istimewa adalah amat penting walaupun mereka tidak dapat meluahkannya. sebaik-baik terapis adalah ANDA !

"Ceewah! Naik tak Motivasi Korang Wahai Super Parent?" Hihihi


Tiupan Semangat

Secara ringkasnya banyak input baru yang saya pelajari dan yang paling penting saya dapat bertemu dengan rakan-rakan sekasut. Saya juga mendapat semangat baru sempena menyambut tahun baru iaitu tahun 2013. Motivasi dan semangat yang tinggi dan konsisten adalah amat penting dalam membesarkan anak istimewa. 

Tiada yang Mustahil

Saya begitu tersentuh dengan sesi luahan rasa. Di mana jemputan pada malam itu ialah seorang pemuda Cerebral Palsy yang ditinggalkan di rumah kebajikan oleh kedua orang tuanya, dia sendiri tidak mengenali orang tuanya. Beliau hanya menerima pendidikan pada usia beliau mencecah 15 tahun di sebuah sekolah swasta. sedangkan beliau tidak pernah menerima pendidikan formal di sekolah kerana beliau hanya menghadiri sesi terapi.Oleh yang demikian, beliau hanya tahu 3M (Membaca, Mengira dan Menulis).Akhirnya beliau menjadi Sound Engineer dan boleh hidup berdikari dengan pergi ke tempat kerja dengan menaiki LRT setiap hari.Pesan beliau, janganlah kami ibu bapa kepada anak istimewa terlalu bersusah hati dengan masa depan anak-anak istimewa kami. Sesungguhnya, anak-anak istimewa kami tentulah nasib mereka lebih baik daripadanya, kerana anak-anak istimewa kami masih punya ibu bapa yang mengambil berat tentang mereka.Dan saya selalu yakin orang yang berusaha pasti ada ganjarannya kerana Allah telah berjanji setiap kebaikan akan ada ganjaran pahala.

Walau bagaimanapun,  saya agak kesal dan terkilan kerana jumlah yang ramai dan masa yang singkat, saya tidak dapat bertegur sapa dengan semua rakan-rakan, hanya sempat berbalas senyuman. Rasa terlalu singkat masa.Harapan saya agar dapat bertemu lagi rakan-rakan sekasut. Saya dengan rasminya mengumumkan tagline Super Angels "Super Angels ! Super Angels ! Super Angels BEST". Saya akhiri coretan hari ini dengan gambar-gambar di sekitar program ini


Wajah Ceria Saya As Super Mum
P/S: Tahniah kepada semua AJK kerana menjayakan program ini

Photo: Super Angels Annual Gathering 2012
Wajah-Wajah Ceria Super Mums + Super Dads + Super Angels
Photo: Wit si comel sofea
Bersama Pengasas :Super Angels BEST
Cover Photo
Jutaan Terima Kasih The Helping Hands
Dicoret Oleh : Mazni Bt. Ir. Hj. Sahabudin (Mama Sofea)




Thursday, 19 April 2012

THE HELPING HAND

...Visits Sofea Az-Zahra
Semalam, mama & Baby Sofea menerima kunjungan daripada "The Helping Hands". Meh nak stori-mori pasal "The Helping Hands"."The Helping Hands" ini adalah sebuah kumpulan sokongan (laman sosial Facebook) untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas dari segi peralatan pemulihan. Ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan tetapi tidak dapat membeli peralatan tersebut di atas sebab-sebab peribadi.Ini merupakan khidmat masyarakat dan perkhidmatannya adalah secara percuma. Dengan adanya khidmat ini individu berkeperluan khas dapat menjalani aktiviti harian secara optimum.Selain daripada itu, individu yang berminat untuk memberikan atau meminjamkan peralatan pemulihan, anda bolehlah menghubungi:

myhelpinghands@groups.facebook.com

Friday, 30 March 2012

PESANAN ALQOMAH KEPADA ANAKNYA...

...UNTUK MENCARI SAHABAT


Bismillahirrahmanirrahim,,,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani,,,


Alhamdulillah syukur kepada Allah,
masih diberi kesempatan untuk bernafas,
coretan mama pada kali ini adalah;


 "Pesanan Alqomah kepada Anaknya untuk Mencari sahabat" 








Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya : Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut (dipetik dari Kitab Bimbingan Mu'minin; karangan Imam Al-Gazali) :
  • Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang atau sebagainya, dia akan membantumu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
  • Jika engkau berkata padanya, niscaya dia akan membenarkanmu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya dia akan membantumu.
  • Jika kamu berdua berselisihan faham, niscaya dia akan lebih mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Nah. Mashallah..Hebat kan ciri-ciri yang Alqamah pesan kepada puteranya untuk mencari sahabat yang sejati. Untuk mendapat seorang sahabat yang baik kita juga hendaklah cuba berusaha untuk menjadi seorang sahabat yang baik.

Sebelum mengakhiri coretan ini, mama & papa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, saudara mara,kawan-kawan (Kak Rasyedah sekeluarga, Dr.Sazlina, Kak Azlina Abd Aziz, Umi & Kak. Hafsah) yang menziarahi puteri kami Sofea Az-Zahra di hospital. Tidak lupa juga rakan-rakan facebook yang mendoakan kesihatan, kesembuhan dan kebaikan buat puteri kami. Semoga Allah merahmati kalian semua.Wassalam...



Tuesday, 13 December 2011

PART 1: ADVOCACY GROUP

Super Mum & Super Dad Angel Group:1st Gathering
 @ Perangsang Golf Club


Setelah merancang hampir 2 bulan, akhirnya kami, para Super Mums & Super Dads yang sebelum ini hanya berkongsi rasa dan buah fikiran secara alam maya di laman sosial Facebook, berjaya bersua muka di Perangsang Golf Club, Rawang pada 10-11 Disember 2012. Pertemuan dua hari itu penuh dengan pengisian ilmu untuk dimanfaatkan oleh para ibu bapa kepada anak istimewa.

Pada pendapat Mama & Papa Sofea, untuk menjadi ibu bapa kepada anak istimewa kita mesti menjadi orang yang luar biasa.Ini adalah kerana membesarkan anak istimewa menuntut kesabaran, kegigihan, pengorbanan dan ilmu yang luarbiasa berbanding dengan membesarkan kanak-kanak tipikal. Para ibu bapa yang mempunyai anak istimewa perlu berfikiran terbuka dan perlu banyak mendengar, dan pertimbangkan semua maklumat yang ada.Untuk membuat pertimbangan kita perlu ada pengetahuan, pengetahuan boleh didapati melalui, pembacaan dan pengalaman orang lain.

Pada pendapat Mama & Papa Sofea, kita tidak boleh 'taksub' dengan sesuatu/ seseorang contohnya, terima kata doktor 'bulat-bulat' tanpa usul periksa.Pada kami sesorang doktor itu bukan tahu semuanya, mereka pun ada 'limitation'. Jadi tanyalah kepada yang pakar atau ahlinya...sebagai perumpamaan, sekiranya ingin kita ingin belajar membuat membuat roti canai yang sedap, kita perlu belajar dengan orang yang pakar membuat roti canai yang sedap, bukan sebarang pembuat roti canai, pasti ada rahsia tertentu maka roti canainya lebih sedap daripada yang lain.

Begitu juga halnya dengan kaedah pemulihan anak-anak istimewa kita, jangan tutp minda kita dengan perubatan moden sahaja, selagi tiada membawa mudarat, kita boleh juga bawa anak ke perubatan alternatif yang lain yang boleh dipercayai..kerana ilmu Allah itu luas...

Antara pengetahuan baru yang membuka minda adalah sesi bersama Chad Trimmers (Aplikasi Terapi Glenn Doman, IAHP). Chad Trimmers adalah seorang bayi premature, tetapi kini beliau adalah seorang lulusan PHD, tidakkah itu suatu inspirasi buat kita para ibu bapa kepada anak istimewa? Kita selalu dimomok-momokkan dengan perkataan atau ayat yang tidak positif, dan berbaur buruk-sangka dengan Allah seperti: 

1."Otak anak anda telah rosak, tiada harapan untuk sembuh".
2." Janganlah menaruh harapan yang tinggi dengan budak ini"
3. "Mak faham tak anak mak ini sakit apa?, otaknya telah rosak, otak rosak tiada ubatnya"
4. " Budak macam ni memang macam tu, tiada respon"

Itulah ayat-ayat yang selalu dilontarkan oleh para doktor dan jururawat di hospital pada saya sepanjang 59 hari saya berada di NICU.Hakikatnya, mereka itu dangkal ilmunya, seperti "katak dilitupi gelas warong" ditutup hijabnya.Kabur pandangan dengan dunia luar,kerana tidak pernah mahu buka minda.Rasa diri berpengalaman bertahun-tahun bekerja di hospital pelbagai pesakit dan penyakit telah ditemui, berbanding dengan kita yang kononnya seperti orang tidak berpelajaran.

"Biar tidak berpelajaran tapi mahu belajar, daripada jadi orang bodoh sombong"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...