Beginnings

Showing posts with label Tools and Equipments. Show all posts
Showing posts with label Tools and Equipments. Show all posts

Wednesday, 19 September 2012

SEATING AND POSITIONING: FEEDER SEAT

Super Cozy Feeder Seat @ Very Reasonable Price
Alhamdulillah! Apa yang diinginkan telah tercapai.

Soalan: Apakah gerangan barang itu?
Jawapan: Feeder Seat.
Soalan: Apa itu Feeder Seat?
Jawapan: Menurut e-Special Needs, setelah diterjemahkan oleh saya iaitu penterjemah tidak bertauliah berbunyi:

"Kerusi "Feeder" boleh digunakan untuk pelbagai jenisaktiviti jangka pendek samada di rumah, klinik atau sekolah. Ia adalah satu alternatif yang baik kepada kerusi roda atau "Stander" kanak-kanak."

Feeder seat ini telah lama Cik Mazni idamkan memandangkan sebelum ini Cik Mazni telah mencuba Bumboo Seat. Malangnya, waktu itu Sofea ada masalah "neck control", jadi pada hemat kami kerusi itu tidak sesuai maka di jual kepada seorang kawan.


Bumboo Seat
Kemudian dalam bulan April yang lepas seorang juru terapi cara kerja telah mencadangkan supaya Cik mazni DIY kerusi untuk Sofea menggunakan baldi.Waaaa! I'm not a handy person! Jadi Cik Mazni belikan Sofea car seat. Tapi sekarang disebabkan kerusi tu kurang empuk, Sofea tak mau duduk :C

Waaa! Takkan nak suruh mama belikan Feeder Seat Tumble Form yang berharga lebih daripada rm 2k (@ Maycare), Huish memang belum mampu. Terdapat juga upholsterer dari Miri yang buat Cozy Seat ala-ala Feeder Seat tetapi harganya untuk saiz paling kecil RM900, yang masih Cik Mazni rasa agak mahal.

Tetapi Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang, impian untuk mempunyai Feeder Seat tercapai apabila seorang rakan Facebook yang juga mempunyai anak CP membuat "feeder seat" dengan harga yang sangat berpatutan.Inilah rupa "feeder seat", walaupun kualitinya tidak sehebat "Tumble Foam" tetapi ia tetap mempunyai fungsi yang sama.




Sekarang ini Cik Mazni gunakan "Feeder Seat" ini untuk aktiviti "Flash Card", "Story Telling", "Sight Stimulation" dan boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti lagi.

Thank You Very Much Mr.Benz!


Wednesday, 16 May 2012

CAR SEAT CUM FEEDER SEAT


Cerita ini sepatutnya Cik Mazni tulis minggu lepas, tapi kami sekeluarga balik ke Ipoh, Perak dari hari Khamis hingga Ahad. Kenapa balik Perak? Sebab nak menyelesaikan Suntikan Imunisasi Sofea yang sepatutnya diambil pada usia 18 bulan.Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-pun pebaca sekalian umur Sofea sekarang dah 20 bulan.Doktor "specialist" incharge pun geleng kepala. Bukan tak mau ikut jadual. Dari bulan Februaru hingga ke April kami asyik berkampung di hospital.Tutup buku pasal suntik-menyuntik ni. 


Jom stori-mori pasal tajuk kita pada hari ini " CAR SEAT CUM FEEDER SEAT". 

Feeder Seat ini pernah di sarankan oleh Occupational Therapist untuk Sofea, tapi bila dengar harga, terus garu kepala sebab memang tak mampu. Kenalah kami menyimpan berbulan lamanya barulah dapat beli, tu pun beli kerusi jelah, tak termasuk meja.

Harga Quotation Kerusi sahaja: RM 2+++
Harga Quotation Kerusi + Meja : RM 4+++

Telan air liur jelah.Sobs...Sobs...Sobs.... Cik Mazni kena lah beli barang Sofea mengikut kemampuan buat masa sekarang ni, sebab banyak lagi GADJET yang diperlukan oleh Sofea.Kesian jugak Sofea yang sekali-sekala nak diajar duduk macam inilah rupa sadis Sofea;


Cara ini Memang Tidak Bagus untuk Tulang Belakang

Disebabkan kesian dekat Sofea, pada hari Khamis yang lepas selepas balik dari sesi terapi di BYS, kak Nina (from The Helping Hand) sudi singgah ke Butik Baby Manja, Ampang.Hasil rembatan adalah seperti berikut;


Hasil Rembatan: Car Seat Cum Feeder Seat, Ring Sling & Bottles

TAAADAAA, balik rumah terus cuba (Sebenarnya dalam kereta lagi dah cuba, berjaya dudukkan Sofea dari Ampang hingga ke rumah). Terima kasih kak Nina kerana bersusah-payah membawa "car seat cum feeder seat" ni naik ke rumah.

Testing!Testing!Testing
Car seat/feeder seat ni Cik Mazni "consider as value for money" kerana :

1.Seat ni boleh "recline up to 3 positions".
2. Ada "support pad" di kepala dan bahu
(sesuai sangat dengan Sofea yang trunk + neck control yang tak berapa cun lagi)
3. Sangat stabil, kalau tak stabil boleh terpelanting Sofea kalau tak ada "support" di bahagian belakang kerusi.
4. Sesuai juga digunakan sebagai "car seat", "feeder seat", "activity seat" etc.


Malamnya kami terus pakai "car seat" ni balik ke Perak, Sofea tidur dengan  nyenyaknya dari Kuala Lumpur hingga ke Sungai Siput, Perak. Sampai di Sungai Siput Cik Ijam sampai kena angkat Sofea + Car Seat sebab lena sangat tidurnya.Berbaloi-baloi dengan harganya iaitu RM 2++.

Sekarang ni di rumah, Cik Mazni sediakan rutin sesi baca buku cerita untuk Sofea dengan menggunakan "seat" ini.Seperti yang disarankan oleh Pn. Rafidah pada sesi OT yang lepas banyakkan komunikasi dengan Sofea.

Wednesday, 9 May 2012

HAND FUNCTION: SOFEA & OCTOPUS

What is Manual Dexterity?

Manual dexterity is the ability to move the hands with skill and coordination. According to http://www.wisegeek.com (retrieved on 7th May 2012, 02:30), strong fine motor skills such as, writing, sewing and other activities that involve the hands and fingers rely on manual dexterity. In typical young children, manual dexterity is developed through routine activities that also required hand-eye coordination.

A Cerebral Palsy Child usually has weak fine motor skills, occupational therapist often work with a variety of children to improve manual dexterity and fine motor skills. There are a lot of fun games/ activities that can improve manual dexterity (please refer this link).

I chose to buy a toy (wooden peg game that require placing pegs into hole), while browsing the internet I find this website.I chose to have Dexterity Octopus. 

Why Dexterity Octopus???

It is because Dexterity Octopus is a bright pink wooden octopus game. It is fitted 16 beechwoodpins with different diameters, heights and colors. A fun and different game for training Sofea's fine motor skills and hand-eye coordination. Actually this game is recommended for age 3 years +.Since Sofea is only 1 year 8 months, her fingers cannot fit all the pins (various sizes).Huhuhu...and she needs my supervision while using Dexterity Octopus. 

Super Pink Octopus :-D

Sofea Grasps the Pin Tightly

P/S: Terima Kasih Kak Asmin kerana tolong mazni bawa balik "sensory toys" ke Malaysia.

Monday, 7 May 2012

KINESIOLOGY TAPE IN THE HOUSE


Introduction

Kinesio Taping Method was invented by Dr. Kenso Kase, a Japanese Chiropractor, in the 1970s. According to http://www.kinesiotaping.com (retrieved on 7th May 2012, Monday, 23:37), soon thereafter, Dr. Kase working with manufacturing personnel designed and engineered an elastic tape that would accompany his method.


Adoption

The tape is used in therapy to relax overused muscles and in rehabilitation to facilitate underused muscles. The unique "wave pattern" found on the tape adhesive has a lifting effect on the skin which can reduce swelling and inflammation by improving circulation and reduce pain by taking pressure off pain receptors. The elastic properties can also be utilized to limit or encourage a specific motion at a joint


Testing ! Testing ! Testing: Ini percubaan pertama


Yeay! Semalam bungkusan yang ditunggu-tunggu
telah tiba Kinesiology Tape

Functional Correction for Thumb Extension
  

1.Gunting "KInesiology Tape" mengikut "size" yang di kehendaki (ukur dari ibu jari sehingga ke banhagian tengah lengan). Cik Mazni gunting kepada dua (2) bahagian kerana tangan Sofea sangat kecil. Jadi sila potong ikut kesesuaian.


Gunting seperti bentuk diatas
(seperti segi tiga untuk lekuk di ibu jari)

2.Gunting seperti bentuk diatas untuk mengikut bentuk di ibu jari (ukur dahulu sebelum membuat guntingan. Yang di sebelah kiri untuk tangan kiri manakala yang di sebelah kanan untuk tangan kanan.

3. Lekatkanbahangian yang dibentuk (segitiga) di ibu jari tanpa sebarang penarikan (no tension)

4. Bahagian tengah "tape" ditarik sehingga ke bahagian lengan.

5. Kemudian pergelangan tangan di bengkokkan ke arah bawah dan ratakan "tape tersebut".

Hasilnya: Ibu jari Sofea selepas memakai
"Kinesiologi Tape"
*** untuk lebih lanjut sila tonton video ini***

Thursday, 16 February 2012

MARIGOLD


Hari ini, selepas papa balik dari pejabat, mama mengajak papa ke Alamanda, Putrajaya untuk membeli susu dan beberapa barang lain di samping makan di luar. Selepas makan pap ke MPH, mama pula pergi membeli barang, singgah di Parkson, mencari 'toys for auditory stimulation' (tamborine, drum, etc) tetapi tiada yang berkenan di hati, singgah di 'Guardian' beli susu Sofea, ternampak pulak 'Toys r Us'. Apalagi terus meluru masuk ke dalam 'Toys r Us', konon mencari 'toys for auditory stimulation' yang ada cuma 'pak drum' je, terus tak berkenan.

Tiba-tiba teringat sesuatu, cari punya cari tak jumpa, tanya pada adik yang menjaga kaunter, akhirnya...dapatlah apa yang dihajati walaupun bukan yang berkenaan dengan 'auditory stimulation. Boleh agak tak? Apakah gerangan barang yang dibeli oleh mama buat Sofea?




Taadaaa, 'Animal Bouncer'.Jikalau ada membaca 'my previous post' berkenaan dengan aktiviti Sofea pada sesi fisioterapi yang lepas, Sofea 'riding/bouncing a horse'. So, nak aplikasi di rumah mama pun belilah kuda ketot a.k.a poney , walaupun tak sama 'brand seperti yang digunakan di Sham Therapy Centre.

 Animal Bouncer:Ride on Inflatable
Rm 89.95 @ Toys r Us, Alamanda, Putrajaya


 Come with Pump

Rupa setelah dipam

Mama balik ke rumah terus pam, tetapi tak kembung-kembung, akhirnya papa tolong pam baru kembung seperti gambar di atas.Kuda ketot di diberi nama Marigold kerana warnanya kuning

Sunday, 29 January 2012

LADYBIRD PLUS MR.SAGOSTEN

Problem!Problem!Problem :-C

Seperti yang dijanjikan oleh pihak Ikea, stock 'SAGOSTEN' boleh didapati selepas Tahun Baru Cina.Setelah hasil terjah 2 minggu lepas ke IKEA 'incomplete mission' sebab sarung LADYBIRD ada Mr. 'SAGOSTEN' pula yang tiada stock.Hasil ke IKEA adalah positif kerana Mr. SAGOSTEN berada didalam kotak di raknya...kussss... semangat tinggal 5 kotak je...tetapi sarung LADYBIRD dah habis...nasib baik kami berjaya beli 2 minggu lepas.Balik si papa terus buka kotak, tengok-tengok kena pakai pam besar.Adoi! di rumah kami ni setakat pam bola je yang ado.

Si papa punya berusaha sampai tiup pakai mulut. Biar benar, mau semput nak memenuhkan udara dalam  Mr.SAGOSTEN yang 'gemuks' itu.Mama apa lagi, ketawa sampai nak pengsan tengok aksi papa.Akhirnya papa merajuk "Sayang, je lah yang tiup".Dalam hati memang mama nak meniup Mr.SAGOSTEN tu sampai penuh angin memang tiada kemampuan.Akhirnya, "Abang, cuba tanya Syed kalau dia ada vacum, boleh pam petang ini?"kata mama."Yelah, Syed ada vacum nanti boleh pinjam".Balas papa lega.

Petang dalam jam 6:00 papa bertolaklah ke rumah Syed, rakan sepejabat papa.Dlam jam 7:15 petang mama menelefon papa,"Abang, macam mana? Syed ada tak vacum? Boleh vacum tak?."Okey, dah isi dah angin Mr.SAGOSTEN, tetapi ada masalah sedikit. Nantilah, tengok di rumah". Jawab papa ringkas.

Apabila papa pulang, mama pun tengoklah apa masalah LADYBIRD + Mr.SAGOSTEN yang papa maksudkan dalam telefon Taaaaaaaa Daaaaaa....

FRONT VIEW: CUTE!CUTE!CUTE 

REAR VIEW:WAAAAAAAAAA ZIP ROSAK...FRUST :-c

Sedih 1000x mama dengan papa.Dah tunggu 2 minggu ini hasilnya.Macam mana nak betulkan zip?Korang ada idea tak?Bukan nak sesaja komen, tapi zip tu memang pelik sikit tiada penariknya...design yang canggih sangat pun mendatangkan masalah jugak untuk orang macam kami yang tak berapa nak canggih ni.

Saturday, 28 January 2012

SUGGESTIONS FOR SOFEA FURTHER IMPROVEMENT

Hand Function, Visual, Movement & Motion
Hari ini seperti biasa rutin latihan fisioterapi di Sham Therapy Centre. Komen Dr.Sham pada kali ini ialah  terdapat banyak perubahan positif pada diri Sofea. Sofea sudah mula berminat untuk bermain dan lebih respon.Jari-jemarinya lebih mudah dibuka dan ibu jarinya lebih mudah untuk diletakkan diluar berbanding dahulu.

Hand Function

Dr.Sham mencadangkan 'exercise' yang perlu dijalani oleh Sofea di rumah untuk memastikan keadaan jari-jemarinya semakin bagus adalah:

1.Lakukan aktiviti 'ice' di bahagian tapak tangan dan rendam tangan Sofea dalam ais
2.aktiviti 'stretching' ibu jari, perlu dilakukan setiap hari dan sekerap mungkin.Perlu pegang bahagian 'base' ibu jari tangan dan seterusnya lakukan 'stretching'
3. Perbanyakkan aktiviti 'sensory' ini akan menggalakkan jari-jemari lebih peka.

***Kenapa perlu buka jari-jemari? Ini akan memudahkan Sofea melakukan aktiviti 'creeping' seterusnya 'crawling' dan 'put weight bearing on hand to learn 'balancing'.***

Visual Stimulation

Selain itu, Dr. Sham bertanyakan hal stimulasi mata Sofea. Kami memberitahu bahawa Sofea mula respon pada cahaya tetapi hanya untuk mata sebelah kanan manakala mata sebelah kiri amat kurang respon terhadap cahaya. Dr. Mencadangkan supaya kami menggunakan lampu yang lebih 'kuat' seperti spot light. Selain itu, Dr.Sham juga mencadangkan agar membuat meja kaca yang berlampu dan baringkan muka Sofea di atas meja kaca berlampu tersebut.Buat aktiviti ON/OFF LIGHT selama 1 minit sebanyak 10x.

Mengenai Spot Light mungkin tiada masalah, kerana spot light mudah didapati tetapi untuk meja kaca yang berlampu, kami belum ada idea bagaimana ingin membuatnya. Mama hanya terbayang meja berlampu seperti gambar di bawah:


Pictures took from:


Tetapi harganya memang mahal.Setelah berbincang dengan Super Dad, kami  tidak perlukan meja/panel seperti gambar di atas. Mungkin kami akan buat menggunakan cara lain.

Movement & Motion
'Homework' terbaru yang ditugaskan kepada kami oleh Dr.Sham adalah untuk membeli 'skateboard' untuk Sofea. Korang jangan ingat Sofea boleh main 'skateboard' pula.Ini untuk menggalakkan Sofea untuk menggunakan tangan seperti gambar di bawah:



Kalau ikut Dr.Sham jangan membazir cuma perlu beli 'skateboard' biasa. Tetapi pada pendapat mama, Sofea mungkin perlu yang jenis ada 'padded' kesian Sofea dah lah kurus, nanti sakit pulak dada budak comel ni.Setelah meng'google' jumpa padded scooter board seperti gambar di bawah:

Dengan menggunakan 'scooter board' ini Sofea akan belajar cara untuk menggerak diri dengan menggunakan tangan.Selain itu, kami berdua akan mengikat dengan menggunakan bandage ataupun velcro Sofea dalam posisi meniarap dan menolak dari satu 'point' ke 'point' yang lain. Jadi Sofea akan dapat merasai apa itu pergerakan.

***AMARAN/PERINGATAN:Apa jua aktiviti atau peralatan yang dinyatakan di atas hendaklah digunakan dengan nasihat pakar terapi.Jangan sekali-kali melakukannya tanpa nasihat daripada pakar terapi kerana ini akan mengundang mudarat kepada anak istimewa. Ini adalah kerana, setiap kanak-kanak istimewa punya masalah yang berlainan.***

Saturday, 14 January 2012

SYRINGE & LYCRA MISSONI LIMITED EDITION

Klcc... Jalan TAR 

Hari ini mama berpeluang berjumpa dengan kak Rasyedah Ahmad Raqi, kami sempat berbual panjang (macam dah kenal lama, padahal sebelum ni hanya berhubung melalui facebook group Super Mum 's & Super Dad's Angel) di Little Penang Cafe, KLCC. Bercerita perihal 'angels' masing-masing.Mama berpeluang mengetahui mengenai Gastrostomy Tube (Pro & Con), Jenis 'mickey' vs. 'bard' button.Siap tengok video Irfan anak kak.Rasyedah yang dicabut 'mickey' button daripada perutnya oleh doktor sebab sekarang Irfan dah boleh makan melalui mulut.


Tapi sebenarnya tujuan kami berjumpa sebab kak Rasyedah nak bagi  Terumo syringe 20ml (stock 50units, best price ever).


Stock Syringe untuk Setahun

Mama loves Missoni Pattern

Sedar tak sedar dalam 1 jam 30 minit jugak kami berbual banyak input yang diberikan oleh kak Rasyedah especially hal-hal terapi ni.Seronok sangat jumpa supermum Rasyedah.

Lepas tu mama naik LRT pulak ke Masjid Jamek membeli-belah di Jakel, beli kain lycra semeter Rm 28 corak kegemaran mama 'missoni', mama beli 2 meter total semua Rm 56 (kain lycra di Jakel boleh didapati dari harga serendah Rm 10/m).Tapi jangan ingat kain lycra ni untuk buat baju ye, kain lycra ini digunakan untuk 'swing' & 'enjut-enjut' Sofea.Why LYCRA? sebab kain lycra ni stretchy, jadi sesuai untuk digunakan untuk tujuan terapi ala2 macam spring gitu :-D.Cara ini diajar oleh Ms Teo .Ms.Teo ni therapist for Occupational Therapy & Sensory Integration Sofea.

Balik rumah sebelah malam terus guna, you believe it or not? Sofea really loves it :-D

Ya Allah! Semoga Sentiasa Ada Penambahbaikan Dalam Diri Sofea...
Ameen...

Saturday, 15 October 2011

HYDROTHERAPY (HYDRO-PHYSIOTHERAPY)

Swim! Sofea Swim!





Suatu hari Mama Sofea terbaca post di The Helping Hands Group mengenai WaterWayBabies, mama Sofea amat berminat dengan aktiviti ni..tanpa berlengah Mama Sofea terus PM kak Azlina Abdul Aziz, bertanyakan adakah 'pool' for hydrotherapy available untuk dipinjam...kui..kui...kui...harus cuba dulu baru beli, nanti dah beli tetiba Sofea tak mau berenang RUGI pulaks.

Hari Ahad 15 Oktober 2011, setelah kak Nina kasi Greenlight,terus ke kindergarten kak Nina nak ambil 'pool' tu, 'pool' hijo ni dari USA siap dengan ring float & ducky yg cute :-).Petang tu jugak kami buat aktiviti Hydrotherapy dengan Sofea selama 20 minit

P/S: 1.Air Suam bagus untuk relax the spastic muscle
       2.Why Naked? supaya Baby Sofea dapat rasakan ombak rindu yang kecil..
       3.Yeahaaa..selamat menonton unsensored video


Sharing Is Caring:According to www.scope.org.uk Hydrotherapy (hydro-physiotherapy) is a series of gentle exercises carried out in water in a heated pool (34C+).Children with cerebral palsy may find this beneficial as the water supports their body weight, enabling them to enjoy a level of movement and independence which they cannot achieve elsewhere. The resistance of the water can help to strengthen the muscles, and can also reduce muscle spasms.

Tuesday, 1 March 2011

THERAPY: O2CO2

Tingkat Tahap Oksigen Anak Istimewa

NURY Institute
Apakah fungsi terapi ini untuk anak istimewa yang menjalankan program di NURY? Sementelah antara faktor utama yang menyumbang kepada pembangunan manusia ialah oksigen. Terapi ini adalah untuk membolehkan anak menyedut lebih banyak oksigen yang diperlukan apabila menjalankan program intensif di NURY.

Apakah dia O2CO2 ini dan fungsinya dalam membantu meningkatkan pengambilan oksigen oleh anak istimewa ketika menjalankan program di NURY. Fungsi terapi O2CO2 ini adalah untuk membesarkan pembuluh darah bagi membenarkan lebih banyak oksigen di bawa oleh darah ke otak. Oksigen yang diperlukan oleh anak-anak istimewa akan dapat dibekalkan dengan lebih banyak ke otak agar anak akan mempunyai tenaga untuk menjalankan aktiviti mereka 

Bagaimanapun terapi ini dijalankan oleh anak, ia akan berdasarkan penilaian dan tahap kecederaan yang di alami oleh anak istimewa tersebut. ***Kandungan campuran O2CO2 ini kami (NURY) pastikan yang ia selamat digunakan oleh anak-anak semasa menjalankan program bersama kami (NURY)

Rujukan: Terapi O2CO2: Tingkat tahap Oksigen Anak Istimewa, Dato' Dr. Noor Laily Dato' Abu Bakar,Mingguan Wanita, Bil 1410, 26 Nov-2 Dis 2010, ms 92

***Setelah mengikuti kursus selama 2 hari, seterusnya latihan untuk 'Home Program' di rumah selama 3 hari.Kami telah membeli tong gas yang berisi gas 'O2CO2 untuk memudahkan terapi di rumah. Jom tengok Sofea tengah menikmati gas O2CO2  di rumah sebelum buat 'Home Program'***




Tong Yang Berisi Gas O2CO2

 Sedut Gas O2CO2 Selama 30 Saat

Dah Selesai 30 Saat..Tutup Balik...Kalau Habis Nak Refill Kena Keluar RM pulak :-D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...