Beginnings

Showing posts with label Nutrisi. Show all posts
Showing posts with label Nutrisi. Show all posts

Sunday, 7 October 2012

MILK: PEPTAMEN JUNIOR


Al-Kisah Susu Lagi!

Seperti yang sedia maklum, Sofea telah selamat menjalani pembedahan Gastrostomy Tube Insertion pada bulan Mei yang lepas. Alhamdulillah! Kami nampak ada perubahan tumbesaran pada tubuh Sofea, cuma saya ada sedikit kebimbangan dengan masalah tulang Sofea yang agak kecil. Lagi pula, semenjak menggunakan Gastrostomy Tube saya sudah mula memberikan bubur yang dikisar dan ditapis, kebiasaannya jumlah bilangan pengambilan susu adalah 5-6 kali sehari. Tetapi semenjak saya mula beri Sofea bubur, paling banyak susu yang diberi adalah 3x. Saya bimbang dengan pengambilan KALSIUM Sofea.Seorang rakan mencadangkan pengambilan susu PEPTAMEN JUNIOR 1-10 TAHUN, untuk diet lengkap yang  disarankan untuk kanak-kanak Cerebral Palsy

  • Susu Peptamen merupakan nutrisi seimbang 
  • ia mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan 31 vitamin dan mineral
  • diperbuat 100% daripada whey,peptide-based formula
  • sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 1-10 tahun
  • bebas laktosa dan gluten
  • halal
  • berperisa vanila
Setakat ini saya hanya memberikan susu ini sebanyak 2-3x seminggu, sebagai nutrisi tambahan kerana Sofea ada masalah "phlegm" apabila menggunakan susu yang bertekstur pekat.Kami tetap menggunakan susu berasaskan soya iaitu ISOMIL PLUS sebagai susu yang utama.

Tuesday, 18 September 2012

DIARI DIET SOFEA


Pemakanan Lengkap Sangat Penting Untuk Tumbesaran 
Isu berat badan badan Sofea bukanlah perkara asing untuk diperbincangkan. Tapi kot mana pun isu ini adalah isu yang perlu dibimbangkan. 4 September 2012, semasa memenuhi temujanji untuk "review gastrostomy tube surgery". Ingatkan dah buat tiub di perut naiklah berat badannya kot2 naik sampai 2-3kg. Rupa-rupanya naik dalam 200-300g je. 


HAMPA!HAMPA!DAN HAMPA!Apabila jarum penimbang menunjukkan angka 6kg.Berat sebelum pembedahan adalah 5.75kg. Selepas 3 bulan baru naik beberapa gram sahaja.Jadi Cik Mazni pun dah nekad kena buat sesuatu, kalau nak tunggu "BABY BREZZA FOOD PROCESSOR" tu dibaiki harus tahun depan baru dapat balik.Cik Mazni nekad untuk menggunakan "BLENDER" sedia ada.Dalam hati mampukah blender ini mengisar dada ayam dan ikan dengan sehalus-halusnya untuk dimasukkan ke dalam tiub.Alhamdulillah! Mr.Blender telah memberikan 100% kerjasama.Jadi ketiadaan "BABY BREZZA" bukanlah suatu halangan kepada Cik Mazni untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk Sofea. 

CHEWAH!
HARAP1HARAP!Usaha Cik Mazni untuk meneikkan berat badan Sofea membuahkan hasil supaya Sofea mempunyai tenaga untuk bergerak lebih maju. Amin...

Saturday, 8 September 2012

080910

ONG

Tanggal 08/09 adalah tarikh "keramat" untuk mama+papa+Sofea, kejadian lepas masih segar terpahat di minda dan hati. Untuk makluman tanggal 08/09/2010 (080910) jam 12:34 am jika ikutorang cina "tarikh ini adalah tarikh bertuah dan pasti ada "ONG" pasti ada yang kata tarikh kelahiran Sofea adalah tarikh yang "ONG". Sofea lahir dengan mengalami "perinatal asphyxia" atau bahasa mudah "lahir lemas dalam perut".Walau apa pun puncanya Cik Mazni nak ulas hanya Allah yang mengetahuinya.

Bak kata Jep (Kumpulan Sepah dalam Maharaja Lawak) "barang yang lepas jangan dikenang", jadi sekarang genaplah usia Sofea 2 tahun. Sedar tak sedar dah 2 tahun mama dambakan diri untuk Sofea. Sungguh sekejap masa berlalu Sofea masih seperti baby lagi, tapi sekarang dah jadi versi "baby tua". Banyak yang mama dan papa telah lakukan untuk Sofea, alhamdulillah perkembangan Sofea amat positif walaupun kecil pada pandangan mata orang lain.

Sempena besday Sofea apa yang kami lakukan untuk meraikan "birthday gurl' ni?

Pagi-pagi lagi mama dah bangun untuk menyediakan menu sarapan istimewa buat Sofea. Taadaaa!



Clockwise direction
Rice+Salmon+Spinach+ Olive Oil
istimewalah sangat! Bahan-bahan diatas dicampur dan akhirnya menjadi bubur bayam bersalmon. Cik Ijam nak belikan Sofea kek "Secret Recipe" bila fikir-fikir balik Cik Mazni rasa tidak perlu, Sofea bukan boleh makan pun.Lebih baik duit kek tu buat sesuatu yang lebih bermanfaat.

Papa pulak pagi kejut Sofea dengan ucapan Happy Birthday!

Selepas tu kami ke Old Town untuk breakfast, Sofea seperti biasa kena kasi pekena "teh tarik"sikit minum guna sudu, lately memang dia dah tak tersedak macam dulu tapi still very poor (swallowing coordination) :C.

Lepas tu balik rumah sebab Sofea nak lunch pulak then bersiap-siap ke "Urban City" dek kerana terbaca iklan di surat khabar ada sale perabot beli 1 percuma 1. Dalam pukul 1pm dah tiba di sana Sofea dah masuk dalam showroom, Sofea pun "rambang mata" dalam beberapa minit lepas tu terus tidur. Perabot kat situ harga pun walaupun selepas diskaun hanya sesuai dibeli untuk yang ada "rumah agam" setakat rumah macam kami ni mmg tak sesuai langsung.

Sofea in her Hot Pink Maclaren Stoller
Mau berlumba bershopping perabut ada berani mau challenge?
Lepas itu tukar baju+ pampers+ bagi susu dalam kereta, kami ke Alamanda, Putrajaya pulak.Biasalah ke MPH dan makan2, sekarang mama pun konpius mama+ papa pulak yang lebih2 berjalan + makan2, siapa punya birthday ni sebenarnya, tak pe Sofea tengok pemandangan ok sayang.

Sofea + Mama (abaikan kegemukan Cik mazni ye :C)
@ Chakri Express, Alamanda
Walaupun mama+papa yang berjalan+makan lebih2 lagi dari birthday gurl. Walaupun tiada kek "secret recipe" untuk Sofea, mama + papa belikan sesuatu yang lebih bermanfaat , taadaaa!

From left: Rafferty's Garden, Prune Juice and  HappyBellies Cereal
Organic Baby's Banana Porridge + Extra Iron from Rafferty's Garden is an organic food. Iron is very important for the formation of red blood cells.While Prune is very good for digestive system. Cereal from Happy Bellies ni mazni dah gunakan lebih kurang 3 bulan alhamdulillah, sangat sesuai untuk Sofea. Sebelum ni Mazni beli nestum, tapi selepas gunakan cereal dari Happy Bellies Mazni rasa Sofea bertambah berat badan dan "poo poo" Sofea pun bagus texturnya.Tapi harganya agak mahal dalam rm 2+.++ setin.

Baiklah para  pembaca sekalian, setakat ini sahaja coretan Cik Mazni yang agak panjang kali ni, mungkin sebab dah berbulan tidak menulis, jadi banyak perkara nak diceritakan. InsyaAllah, selepas ini Cik mazni akan cuba meng"update" blog Cik Mazni sekerap mungkin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...