Beginnings

Showing posts with label Shopaholic. Show all posts
Showing posts with label Shopaholic. Show all posts

Tuesday, 1 May 2012

LIFE IS SWEET ...

Seperti yang dikhabarkan dalam "pos"t yang lepas, Cik Mazni akan ke Pesta Buku Antarabangsa 2012 yang berlangsung dari 27 April 2012 -6 Mei 2012.Sempena cuti Hari Buruh (1 Mei 2012), Cik Ijam cuti, bolehlah Cik Mazni jenjalan. Cik Mazni memang tak pernah "miss" pi pesta buku ni tiap-tiap tahun WAJIB ke sini, kerana Cik Mazni ialah "BOOKWORM", rak buku pun sampai dah tak dak ruang nak letak buku, tapi masih nak beli lagi. 

Cik Mazni bertolak dari rumah ke LRT Bandar Tasik Selatan dengan menaiki teksi.Belilah  token untuk ke PWTC (RM 1.70), maka Cik Mazni masukkanlah wang kertas RM 1, jadi "RM 1.70-RM1.00 = RM 0.70. Boleh pulak mesin token tu tak mau duit kertas pulak, nak duit syiling, waaaaaaaa, Cik Mazni ada syiling sebanyak RM 0.30 je. Harus ku tak cemas, tapi esti cari jalan keluar ye, takkan nak pi kiosk pi tukar duit syiling pulak, nak beratur, mai ai, orang dah lah ramai. 

Terus Cik Mazni pusing belakang "Encik! Ada tukar duit RM 1.00 syiling tak?" Mamat tu pun sibuk cari syiling. "Tak pelah ambil je", kata mamat tu. Cik Mazni ambil ala-ala "SHY-SHY CAT". Adoi ada juga yang sudi belanja Cik Mazni RM 0.70.Rezeki di pagi hari, alhamdulillah :D. Selepas melalui 10 stesen, dengan LRT tahap sesak macam naik LRT versi TIN SARDIN.Akhirnya sampai jua ke destinasi.Orang ramai jugak tapi masih boleh diterima akal lagi.

Cik Mazni terus ke tempat penunjuk arah, terus tanya "person incharge", dewan yang ada buku rujukan seperti Sasbadi, Oxford, Pelangi dll. Tingkat satu, kena naik "escalator" nanti akan jumpa dewan yang mempamer buku rujukan.Cik Mazni pun teruslah berjalan menuju ke tingkat atas. Semasa melalui booth menjual makanan, tempat duduk masih banyak kosong lagi.Lalu pulak depan dewan jualan Karangkraf, tak berani masuk. Nanti kalau dah masuk gerenti susah nak keluar, dari pengalaman yang lepas, orang paling ramai kat tempat ni.

Sampai je di dewan yang menjual buku-buku rujukan, ramai ooooooooo, "especially" pelajar sekolah. Ada rombongan pelajar, siap pakai baju sekolah lagi, boleh dapat lebih potongan harga jikalau memakai pakaian seragam sekolah. Hasil membeli-belah dapat lah beli buku untuk diri sendiri, buku latihan untuk pelajar tuisyenku dan beberapa bahan bantu mengajar untuk kelas tuisyen. Jom layan hasil membeli-belah buku-buku di Pesta Buku Antarabangsa 2012.

My True Satisfaction: Smell of New Books
Giveaway???
Bahan Bantu Mengajar Kelas Tuisyen
Bahasa Melayu: Bina Ayat
Mungkin lebih menarik
sekiranya sambil buat cabaran cantum gambar
disamping mempelajari kosa kata baru
Dah habis membeli-belah terus nak keluar dari PWTC, pening sebab panas, "air cond" pun dah tak terasa sejuk lagi kerna sesak dengan lautan manusia pencinta buku.Terus ke The Mall, ingat nak jimat sikit makan di food court atau di McD, tapi penuh, akhirnya terpaksa lah masuk ke Secret Recipe, konon nak sejuk makan nak makan di sebelah dalam, FULL :c , makanya, makanlah Cik Mazni di sebelah luar siap tak kena angin kipas lagi. Huh! Menguji kesabaran betul.

Lunch @ Secret Recipe, The Mall
Menikmati Fruit Punch + Mineral Water
Cuaca Panas + Merempuh Lautan Manusia Pencinta Buku
Sampai Hampir Pitam 
Main Menu: Dori with Prawn Sauce

Dah kenyang, apa lagi baliklah. Ni cerita di stesen LRT PWTC, cer teka berapa lama masa yang di ambil untuk membeli token tiket??? 1 JAM 30 MINIT ye.Sebenarnya dah nak putus asa, tapi sabar je. Kesian tengok ada yang bawa anak kecik menangis-nangis budak-budak tu. Pengajarannya, lain kali terus beli token 2 hala, kalau ada "event" atau "public holiday". Alhamdulillah, sampai juga Cik Mazni di rumah pada jam 3:30 pm.

Friday, 6 April 2012

SERIOUSLY!

...I am drooling of these things...

Cer teka? Cer teka? Apa benda yang meliurkan tu?
.
..
...
....
.....


I am drooling the baby food maker yang sangat "meletop" tahap "kebabusss". Setelah buat "research" mengenai "baby food maker" ini melalui kawan-kawan + Mr.Google. Mama mendapati tiga (3) jenama diatas adalah terpilih untuk dipertimbangkan.Calon-calonnya adalah:

Mr. Vitamix, Mrs. Beaba Babycook and Mrs. Brezza (ikut suka hatilah apa jua "gender"nya).

Betapa bersungguhnya mama buat "research" tentang "baby food maker" ni sampai tahap buat "table: compare & contrast between these items.Setelah melihat jadual tersebuat lagi jelaslah "pros and cons" untuk setiap jenama di atas. Oleh itu, kalau nak membeli ni kenalah "ukur baju dibadan sendiri" dan mengikut keperluan.

Kepada Mr. Vitamix,
Mama perlu ucapkan selamat tinggal, kerana sesungguhnya kami tidak mampu untuk memilikimu buat masa sekarang ini. Hargamu terlalu mahal sehingga mencecah RM3ooo.oo.Walaupun kemampuan mu untuk mengisar daging tidak perlu diragukan lagi.  Sayonara...sobs...sobs...sobs. 


Jikalau ku suarakan juga nak beli Mr. Vitamix ni harus Mr. Ijam berubah jadi "SHREK", sebab terlampau terkejut dengan harganya.Kalau dah beli, mama pulak buat perangai COROT "Hot-Hot Chicken Poops". Dah beli tapi tak buat buat homemade baby food, harus kena pelangkung sampai jadi "FIONA" versi color hijo.

Beaba Baby Cook VS. Baby Brezza

waaaaa, untuk buat pilihan antara dua jenama ni memang pening sket. Sebab dua-dua pun dari segi fungsi lebih kurang sama .Cuma, Baby Brezz, lebih mudah kerana boleh steam+ blend sekaligus. Harga Baby Brezza lebih murah iaitu boleh didapati pada harga RM 500 (hanya boleh didapati di USA) manakala Beaba Babycook Rm 739.00. Berat pun tak banyak beza yang penting dua-dua "portable".

Portable ye? Tapi nak letak dalam beg apa kalau nak bawa pi jenjalan ye?. Tang ni yang ada beza antara  Beaba dan Brezza. Beaba ni ada banyak assessori yang "colourful". Yang boleh buat mama rasa nak beli walaupun tak berapa nak perlu. Meh tengok gambo kat bawah ni:

Sumber:http://www.thebabyloft.com


Siap ada bag lagi Beaba Babycook ni. Stylo habis.Tapi perlu ker? Budget pun mama tak bentang lagi pada menteri kewangan lagi. Berangan jelah dulu, gigit jari. Walhal Baby Sofea punya barang mama pulak yang lebih.Kui, kui, kui :-P

Wednesday, 8 February 2012

SHOPHAHOLIC @ TESCO EXTRA, IPOH

Tight Legging for Baby Sofea

Hari ini hanya mama, Sofea dan Acu Hazirah berada di rumah kerana tok wan, nenek dan ayah cik ke Imegresen,Seberang Jaya untuk menguruskan hal pekerja asing.Mama dan Acu Hazirah ke Tesco Extra untuk membeli susu Sofea yang telah kehabisan stok.Sebelum masuk ke dalam Tesco Extra, kami 'cuci mata' di kiosk yang menjual barangan bayi.Ada banyak pilihan 'tight legging for baby', yang paling best ada special bargain, BUY ONE FREE ONE @ ONLY RM 19.90. Terus rambang mata, beli empat (4) helai, itupun Acu Hazirah yang pilihkan sebab Baby Sofea tengah tangkap lentok di bahu mama.Sampai di rumah terus mama 'rasmikan' pada Sofea. Mak ai seksi habis, melekat macam sarung nangka.Bahagian punggung besar (bukan sebab Sofea debab, tetapi sebab pampers), bahagian kaki kurus melidi. Tak pelah yang penting maintain comel.Sofea siap pakai bawa tidur sampai ke pagi.







Sebelum tidur, mama dok beleklah susu Pediasure yang di beli di Tesco. Ini merupakan percubaan kali pertama kami untuk menggunakan susu Pediasure, so beli saiz kecil, nama pun baru nak cuba. Selama ini kami hanya menggunakan susu 'soy base', kerana Sofea mengalami masalah 'secretion' apabila minum susu selain soya. Dikhabarkan susu Pediasure dapat menambat berat badan dan merupakan pemakanan lengkap. Apa kesannya nanti tunggu...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...