Beginnings

Showing posts with label O2CO2 Therapy. Show all posts
Showing posts with label O2CO2 Therapy. Show all posts

Friday, 30 September 2011

CHAIYOK ! CHAIYOK ! CHAIYOK

Satu Langkah Bagi Suatu Permulaan

Sejak beberapa bulan lepas (sebelum bulan Ramadhan) Mama Sofea telah bercadang untuk mencuba 'alternative treatment' baru buat Baby Sofea kerana usia Baby Sofea menginjak ke usia 1 tahun. Walaupun Mama Sofea & Papa Sofea telah mencuba terapi O2CO2 (di NURY Institute) sejak Baby Sofea berumur 59 hari lagi, tetapi Mama Sofea berasa kini tibalah masa Baby Sofea mencuba sesuatu yang baru.

Perkara yang paling merunsingkan Mama Sofea tentang keadaan Baby Sofea adalah masalah 'swallowing disorder' dan tulang belakang yang yg semakin menimbul dr 3 ke 5 ruas. Setelah 'berbual' dengan beberapa orang kawan2 yang senasib dgn kami Mama Sofea amat berminat dengan rawatan akupuntur & rawatan kak Raw (yang telah lama diperkenalkan oleh kawan suami & ustaz Mama Sofea yang anaknya 'down syndrome'+ hyperactive, kini boleh berjalan dan mampu menerima arahan dengan baik)

Tetapi.......pada 24 September 2011 yang lepas...

Semasa melayari facebook via 'my mobile', kak Afidah Ayob @ Ju, telah 'add' kak Muna (Since she is graduated from IIUM so do I) I attracted to read her post in Super Mum's Angel Group (Sham Therapy Centre), her daughter received therapy from Sham Therapy Centre since 2005, now... her daughter can walk even can speak and write (I really hope Sofea be able to walk, speak & write one day :)

****Itu yang menyebabkan Mama Sofea memilih untuk pergi mencuba terapi di Sham Therapy Centre****

Esok........pada 1 Oktober 2011 jam 8.30 pagi

Kami sekeluarga akan membawa Sofea ke Sham Therapy Centre, sesi konsultasi adalah selama 45minit dan yuran konsultasi yang dikenakan adalah rm 75. Sekiranya ingin ke sana temujanji perlu dibuat terlebih dahulu  kerana terdapat ramai org 'jadi kalau walk in..mungkin tak bernasib baik'.

Mama Sofea amat berharap 'terapist baru' ni serasi dengan Baby Sofea dan membawa perubahan dalam perkembangan Baby Sofea....

***Selamat malam semua...iringi kami dengan doa "moga-moga usaha kami membuahkan hasil...ameen***

Tuesday, 1 March 2011

THERAPY: O2CO2

Tingkat Tahap Oksigen Anak Istimewa

NURY Institute
Apakah fungsi terapi ini untuk anak istimewa yang menjalankan program di NURY? Sementelah antara faktor utama yang menyumbang kepada pembangunan manusia ialah oksigen. Terapi ini adalah untuk membolehkan anak menyedut lebih banyak oksigen yang diperlukan apabila menjalankan program intensif di NURY.

Apakah dia O2CO2 ini dan fungsinya dalam membantu meningkatkan pengambilan oksigen oleh anak istimewa ketika menjalankan program di NURY. Fungsi terapi O2CO2 ini adalah untuk membesarkan pembuluh darah bagi membenarkan lebih banyak oksigen di bawa oleh darah ke otak. Oksigen yang diperlukan oleh anak-anak istimewa akan dapat dibekalkan dengan lebih banyak ke otak agar anak akan mempunyai tenaga untuk menjalankan aktiviti mereka 

Bagaimanapun terapi ini dijalankan oleh anak, ia akan berdasarkan penilaian dan tahap kecederaan yang di alami oleh anak istimewa tersebut. ***Kandungan campuran O2CO2 ini kami (NURY) pastikan yang ia selamat digunakan oleh anak-anak semasa menjalankan program bersama kami (NURY)

Rujukan: Terapi O2CO2: Tingkat tahap Oksigen Anak Istimewa, Dato' Dr. Noor Laily Dato' Abu Bakar,Mingguan Wanita, Bil 1410, 26 Nov-2 Dis 2010, ms 92

***Setelah mengikuti kursus selama 2 hari, seterusnya latihan untuk 'Home Program' di rumah selama 3 hari.Kami telah membeli tong gas yang berisi gas 'O2CO2 untuk memudahkan terapi di rumah. Jom tengok Sofea tengah menikmati gas O2CO2  di rumah sebelum buat 'Home Program'***




Tong Yang Berisi Gas O2CO2

 Sedut Gas O2CO2 Selama 30 Saat

Dah Selesai 30 Saat..Tutup Balik...Kalau Habis Nak Refill Kena Keluar RM pulak :-D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...