Beginnings

Showing posts with label Milk. Show all posts
Showing posts with label Milk. Show all posts

Sunday, 7 October 2012

MILK: PEPTAMEN JUNIOR


Al-Kisah Susu Lagi!

Seperti yang sedia maklum, Sofea telah selamat menjalani pembedahan Gastrostomy Tube Insertion pada bulan Mei yang lepas. Alhamdulillah! Kami nampak ada perubahan tumbesaran pada tubuh Sofea, cuma saya ada sedikit kebimbangan dengan masalah tulang Sofea yang agak kecil. Lagi pula, semenjak menggunakan Gastrostomy Tube saya sudah mula memberikan bubur yang dikisar dan ditapis, kebiasaannya jumlah bilangan pengambilan susu adalah 5-6 kali sehari. Tetapi semenjak saya mula beri Sofea bubur, paling banyak susu yang diberi adalah 3x. Saya bimbang dengan pengambilan KALSIUM Sofea.Seorang rakan mencadangkan pengambilan susu PEPTAMEN JUNIOR 1-10 TAHUN, untuk diet lengkap yang  disarankan untuk kanak-kanak Cerebral Palsy

  • Susu Peptamen merupakan nutrisi seimbang 
  • ia mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan 31 vitamin dan mineral
  • diperbuat 100% daripada whey,peptide-based formula
  • sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 1-10 tahun
  • bebas laktosa dan gluten
  • halal
  • berperisa vanila
Setakat ini saya hanya memberikan susu ini sebanyak 2-3x seminggu, sebagai nutrisi tambahan kerana Sofea ada masalah "phlegm" apabila menggunakan susu yang bertekstur pekat.Kami tetap menggunakan susu berasaskan soya iaitu ISOMIL PLUS sebagai susu yang utama.

Wednesday, 8 February 2012

SHOPHAHOLIC @ TESCO EXTRA, IPOH

Tight Legging for Baby Sofea

Hari ini hanya mama, Sofea dan Acu Hazirah berada di rumah kerana tok wan, nenek dan ayah cik ke Imegresen,Seberang Jaya untuk menguruskan hal pekerja asing.Mama dan Acu Hazirah ke Tesco Extra untuk membeli susu Sofea yang telah kehabisan stok.Sebelum masuk ke dalam Tesco Extra, kami 'cuci mata' di kiosk yang menjual barangan bayi.Ada banyak pilihan 'tight legging for baby', yang paling best ada special bargain, BUY ONE FREE ONE @ ONLY RM 19.90. Terus rambang mata, beli empat (4) helai, itupun Acu Hazirah yang pilihkan sebab Baby Sofea tengah tangkap lentok di bahu mama.Sampai di rumah terus mama 'rasmikan' pada Sofea. Mak ai seksi habis, melekat macam sarung nangka.Bahagian punggung besar (bukan sebab Sofea debab, tetapi sebab pampers), bahagian kaki kurus melidi. Tak pelah yang penting maintain comel.Sofea siap pakai bawa tidur sampai ke pagi.







Sebelum tidur, mama dok beleklah susu Pediasure yang di beli di Tesco. Ini merupakan percubaan kali pertama kami untuk menggunakan susu Pediasure, so beli saiz kecil, nama pun baru nak cuba. Selama ini kami hanya menggunakan susu 'soy base', kerana Sofea mengalami masalah 'secretion' apabila minum susu selain soya. Dikhabarkan susu Pediasure dapat menambat berat badan dan merupakan pemakanan lengkap. Apa kesannya nanti tunggu...



Saturday, 4 February 2012

SUNTIKAN IMUNISASI @ POLIKLINIK EHSAN


Pertemuan kali ini dengan Dr.Khairul Bariah seorang doktotor pakar kanak-kanak (juga panel di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh) agak lama, bercerita tentang perkembangan Sofea.Terutamanya berat badan Sofea yang meningkat walaupun sedikit iaitu daripada 5.2kg ke 5.4kg. Kemudian perihal suntikan pelalian termasuk suntikan tambahan pneumococcal kali ke-3 (booster) perlu di ambil sebelum Sofea berusia 2 tahun.Mama mesti take note...penting ni.

Hal pemakanan semestinya hal susu yang digunakan Sofea. Mama memberitahu doktor bahawa mama telah pun menukar susu Sofea kepada susu Pediasure (susu pemakanan lengkap). Setelah mencuba beberapa hari nampaknya, masalah yang sama dialami oleh Sofea apabila menggunakan produk 'diary milk', iaitu kahaknya banyak, dan pernafasannya agak 'bising' seperti kena 'lelah'.Jadi doktor kata gunakanlah susu yang Sofea gunakan sebelum ini, Isomil Plus.

Sebelum pulang, ketika membuat pembayaran, seperti biasa doktor akan bagi 'goodie bag' untuk Sofea (Salah satu sebab kenapa saya suka klinik ni, walaupun 'charge' nya agak mahal berbanding klinik lain tapi layanan nya bagus dan semestinya daripada pakar).


 Goodie Bag Given by Poliklinik Ehsan

 Guess!Guess!Guess!:Keep Guessing :-D

Tadaaaaa! Sample susu Isomil Plus: Suka Sangat :-D

Selain daripada hal berkaitan susu doktor juga cadangkan pengambilan 'supplement Neurogain for Kids'. 'Supplement' ini mungkin dapat membantu perkembangan Sofea. Cerita 'Supplement Neurogain for Kids' ini akan diceritakan pada entry seterusnya.

Tuesday, 24 January 2012

MILK! MILK! MILK!

Which BRAND Suitable for My Little Baby?
Bab pilih susu ini memang jenuh nak fikir.Ibu mana yang tidak mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mama juga begitu.Jikalau boleh memang ingin beri Sofea susu ibu sehingga usia 2 tahun.Tetapi dengan keadaan Sofea yang ada masalah menghisap dan menelan, keinginan itu tinggal angan-angan.Kadangkala, terasa sedikit cemburu apabila mendengar cerita kawan-kawan lain yang dapat menyusui anak mereka. Tidak kurang juga ada bicara mengguris hati "HENDAK SERIBU DAYA TIDAK BERKEHENDAK SERIBU DALIH","MALAS?". Mama sudah lali dengan ayat atau perkataan sebegitu.Selagi kita tidak meletakkan diri kita ditempat orang itu kita tidak tahu masalah atau halangan yang dihadapinya.Cakap memang mudah "orang lain pun ada anak istimewa juga, tiada masalah pun". Jikalau setakat melihat dengan mata kasar, tidak mengalami sendiri tidak mungkin ada yang faham , cabaran,perasaan, keadaan dan masalah yang dihadapi oleh keluarga yang punya anak istimewa.Persoalannya:

-Apakah jenis 'keistimewaan' yang dihidapi oleh anak tersebut.Samakah dengan anak saya?
-Jikalau sama, adakah anak tersebut mengalami masalah menelan?bla...bla...bla

(Jangan main serkap jarang sahaja dengan menganggap semua anak istimewa sama masalahnya)

Jikalau ingin mengulas tentang kebaikan susu ibu pada mama;

1."SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK"(LENGKAP DENGAN SEMUA VITAMIN)
2.KURNIAAN DARIPADA ALLAH
2.JIMAT KOS etc...bla..bla..bla

Terima kasih daun keladi...sesungguhnya mama & papa sendiri semasa mengandung telah pun menghadiri:
-Kelas antenatal di HUKM dari jam 9am-6pm
 (antara tajuk yang diperbincangkan adalah kebaikan susu ibu).
-Kelas Penyusuan yang dianjurkan oleh SUSU IBU.COM dari jam 9am-1pm

Ada yang lebih 'extreme' menggunakan ayat seperti dibawah:

"kalau minum susu ibu tu anak manusia, yang minum susu lembu tu anak lembu"

Berbalik mengenai masalah pemilihan susu Sofea, sangat merunsingkan ditambah pula dengan masalah berat badan Sofea yang jauh ketinggalan berbanding anak tipikal yang lain. Kadang-kadang kami  agak hairan setiap kali sesi menimbang berat di hospital pasti akan dibandingkan dengan carta tumbesaran anak tipikal.Pada kami adalah sangat tidak relevan membandingkan berat badan anak istimewa dengan berat badan anak tipikal. Sehinggalah kami pergi ke sebuah klinik pakar kanak-kanak Poliklinik Ehsan di Ipoh, berjumpa dengan Dr.Khairul Bariah, dialah orang pertama yang berkata, " Okey lah berat badan ni sekurang-kurangnya ada pertambahan berat badan, jangan bandingkan berat badan Sofea dengan carta tumbesaran anak tipikal.

Kami telah mencuba pelbagai susu formula untuk Sofea.Di NICU, Sofea dibekalkan dengan Susu Enfalac A.R (Anti Reflux) A+.



Kami memang kurang berminat dengan 'cow milk' kerana apabila Sofea minum susu ini, dia mengalami sembelit. Faktor paling utama adalah kandungan 'Trans Fat' yang tidak bagus untuk perkembangan otak. Selain itu, kami juga pernah terbaca satu artikel yang menyatakan 'cow milk' akan merangsang lebih banyak 'secretion'.Oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk bertukar kepada 'soy based milk' Enfalac Prosobee.



Tetapi apabila usia Sofea mencapai 1 tahun lebih susu ini tidak lagi sesuai kerana Enfalac Prosobee tidak menyediakan Langkah 2:untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas. Kami kemudian bertukar kepada Isomil Plus (1-10 tahun). Alhamdulillah Sofea sesuai dengan susu Isomil Plus dan berat badannya pun bertambah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...