Beginnings

Showing posts with label Beauty/Health. Show all posts
Showing posts with label Beauty/Health. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

RAWATAN PENYAKIT CARA ISLAM: MADU SIRI 1


Hari ini Cik Mazni ingin berkongsi khasiat dan kebaikan madu lebah atau dipanggil 'honey' dalam Bahasa Inggeris. Semuanyakernaa terkesan dengan rancangan " Radical Hollywood Remedies" di saluran rancangan 712 (E). Antara yang menarik ialah rawatan madu dapat membantu menyembuhkan kulit yang luka. Diceritakan dalam rancangan tersebut, seorang wanita yang mengalami kemalangan sehingga isi tangannya hilang hingga hamper menampakkan tulang. Setelah dirawat menggunakan madu lebah, perlahan-perlahan isi dan kulit tangan tersebut pulih. Manakala teknik sengatan  lebah yang dikenali sebagai "Apitherapy" boleh merawat penyakit arthritis.
Subhanallah! Amat Menakjubkan...
 
Dalam Al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit.







Maksud Firman Allah dalam surah An-Nahl:69
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:

Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
"Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Antara kebaikan madu adalah seperti:

1. Meningkatkan tenaga
2. Meningkatkan imun system
3. Rawatan pelbagai penyakit
    a. Sakit tekak/batuk
    b.insomnia/ masalah tidur
4. Luka/ Terbakar

***Cik Mazni patut campurkan sedikit madu ke dalam sarapan pagi Cik Phia, supaya Cik Phia kekal bertenaga dalam menjalani aktiviti terapinya***

Monday, 23 April 2012

BREATHLESS


Semalam kami sekeluarga telah menerima kunjungan ibu-ibu saudara Sofea, datang melawat siap bawa laksa lagi. Dapatlah Cik Maz & Cik Zam lepas kempunan makan laksa "buat" instead of laksa "tunjuk".Kami makan dengan penuh perasaan. Terima kasih Sarah & Imah :-D Suka sangat.

Dalam pukul 3.30 ptg, baliklah ibu-ibu saudara Sofea. Kami kononnya nak pi jenjalan ke Giant, Bandar Puteri, Puchong.Tetiba Sofea sesak nafas.ADOIai, macam nak gugur jantung dalam kepala fikir, alamatnya kalau tak ok juga sesak nafas tu memang kena lah pi mendaftarkan diri ke EMERGENCY, PPUKM. Episod berkampung di hospital ni memang mintak dijauhkan sangat.

Mama punya kelam-kabut cari "suction catherer" cari yang manual punya, pulak dah tak jumpa.Habis punggah almari. Papa pun dah naik tensen tengok mama punggah barang, end up, papa cari terus jumpa. Dah buat "suck" segala kahak agai, tengok tak surut jugak sesak nafas budak kecik ni. Mama terjah ke dapur pulak, cari dalam peti ais ubat pencair kahak "Mucoflix". Bagi ubat pencair kahak + ubat demam, tetiba demam pulak. Dalam hati jangan Mr.S datang bertanya khabar pulak. Lepas tu terus tuam dengan air suam, bagi turun suhu. Alhamdulillah, akhirnya pernafasan Sofea makin ok. Bikin gempar je Baby Sofea ni.Agaggagaaa :-D

Tuesday, 10 April 2012

SAYA SUDAH ANDA BAGAIMANA?

Advertorials

Amboi! Bukan main tajuk "SAYA SUDAH ANDA BAGAIMANA?", pernah dengar tak ayat ni? ni ayat iklan pasal pap smear yang diiklankan di televisyen. But.......entry ni bukan nak cerita pasal "ujian pap smear", tapi nak cerita pasal:Jeng...Jeng...Jeng...

Pada hari Ahad yang lepas mama telah membeli-belah di The Curve buat julung-julung kalinya (Jakuns Amats).Setelah selesai membeli-belah di Parkson, mama pun terjah lah Watson, The Curve (adoi kecik, jenuh berselisih bukan setakat bahu, siap selisih pinggul lagi. Tak padan dengan hasil pembelian yang "seconet" iaitu

1.Tsuya Tsuya Beauty Nail Product
2. Lip Balm Maybelline
3. Item ke-3 adalah hasil "godaan juruwang dikaunter untuk membayarnya, iaitu:
    Member Card Watson RM 12.





 Mengapakah  saya boleh tergoda untuk menjadi ahli seumur hidup WATSON? 

1. Ini ada kerana pendaftaran ahli seumur hidup adalah serendah RM 12 beserta dengan RM 200 
baucer pembelian barangan di WATSON.
2. Penggunaan baucer dapat membantu penjimatan wang 



Baucer tersebut perlu digunakan  untuk item yang dipaparkan dibaucer. Sekiranya anda tidak berminat dengan item tersebut, mungkin anda boleh berikan baucer tersebut kepada saudara-mara atau kawan-kawan

P/S: JOM MENDAFTAR :-D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...